Saturday 24 September 2011

Maklumat Terkini untuk PPG

Pelajar-pelajar PPG,

Assalamualaikum wmb. Semua modul lengkap PIM 3101 telah tersedia di laman web http://www.moe.gov.my/ipgm/portal/ . Sila download dan cetak serta masukkan ke dalam folio masing-masing. Terimakasih.

Tuesday 20 September 2011

Maklumat Terkini untuk PPG

Sila layari http://www.ippm.edu.my/ untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan peperiksaan, toturial dan lain-lain. Terimakasih.

Sunday 11 September 2011

TUGASAN PPG 1 OKTOBER 2011

Assalamualaikum wmb kepada semua pelajar PPG kelas 3 dan 4, sila bersedia untuk toturial terakhir pada 1 Oktober 2011 :

1. Secara 4 kumpulan, anda dikehendaki membentang kertaskerja Kem Bestari Solat , pemulihan jawi , Bahasa Arab Komunikasi dan cara perlaksanaan Model Enam Bulan Khatam Al-Quran.

2. Pembentangan mengenai kekuatan dan kelemahan setiap model.

Sediakan pembentangan berbentuk power point dan LCD akan disediakan.

Thursday 8 September 2011

Puasa Sunat di Bulan Syawal

Assalamualaikum semua. Bulan yang penuh keberkatan iaitu Ramadhan al-Mubarak telah berlalu, kini kita berada di bulan Syawal yang dijanjikan dengan ganjaran puasa sunat enam hari seperti pahala setahun. MasyaAllah, hebatnya tawaran ni. Marilah kita bersama-sama menyambut promosi hebat dari Allah swt ini dengan penuh adab dan taqwa. Segerakanlah kita berpuasa sebagai menunjukkan tanda kesyukuran dan ketaatan kita terhadapNya.
Setiap hari ada sahaja jemputan 'open house', kita terimalah jemputan tersebut dan jika mampu ziarahilah sahabat tanpa kita berbuka atau memberitahu tentang ibadah kita. Kita datang sekadar memenuhi jemputan dan menggembirakan tuan rumah.
Kalau diikutkan jemputan 'open house', tidak akan sempatlah kita menerima promosi hebat dari Ilahi ini. Moga kita sama-sama renung dan fikirkan. Wallahua'lam.

Penghantaran Tugasan Kertas Projek PIM3101

Assalamualaikum kepada semua pelajar PPG, tarikh akhir untuk penghantaran Kertas Projek telah hampir, bolehlah menghantarnya sebelum terlambat. Terimakasih.

International Conference UTM KL