Wednesday 21 March 2012

TUGASAN PPG KOHORT 2 (31 MAC 2012)

Assalamualaikum semua,maaf kita belum berkesempatan berjumpa lagi. Di sini ustazah sertakan tugasan untuk perbincangan dua minggu lagi iaitu 31 Mac 2012.

Secara berkumpulan (5 atau 6 kumpulan) sila bincang, hurai dan analisis tajuk-tajuk berikut. Kesemuanya perlu disiapkan dalam bentuk power point serta dibentangkan di hadapan kelas pada 31 Mac. Setiap kumpulan di beri masa pembentangan 15 minit sahaja.

  1. Dapatkan sukatan pelajaran Pendidikan Islam KBSR (tahun 3 hingga 4) dan buat rumusan secara analitik (bersifat analisis) berkaitan falsafah dan kandungan sukatan.(tugasan untuk 4 kumpulan)
  2. Cari bahan-bahan yang berkaitan dengan penggunaan dan keberkesanan Buku Teks, Buku Panduan Guru dan Sukatan Pelajaran serta jelaskan konsep, penggunaan serta keberkesanan ketiga-tiga dokumen tersebut.(tugasan untuk 1 kumpulan)
  3. Analisis kandungan buku teks dan buku panduan guru. (untuk 1 kumpulan)

Sunday 11 March 2012

TUGASAN JQAF PENDIDIKAN ISLAM (MAJOR)

Guru-guru Pendidikan Islam biasanya menjadi role model kepada masyarakat terutama warga sekolah. Guru-guru berperanan penting memberi didikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Islam. Justeru guru-guru perlu memahami konsep dan matlamat Pendidikan Islam mengikut Al-Quran dan Al-Sunnah.

Berdasarkan penyataan di atas anda dikehendaki:

  1. Menghuraikan konsep, matlamat dan Falsafah Pendidikan Islam dan sila jelaskan realiti yang berlaku pada diri anda.
  2. Memilih dua orang tokoh Pendidikan Islam, dengan merujuk kepada kedua-dua tokoh tersebut, huraikan ciri-ciri penting yang perlu ada pada diri seorang guru yang cemerlang.
  3. Menganalisis prinsip-prinsip asas pengajaran dan pebelajaran Pendidikan Islam.
Arahan tugasan:
  • Tugasan dilasanakan secara berkumpulan 3-4 orang
  • Tugasan satu perlu disediakan dalam bentuk power point / grafik
  • Tugasan dua dan tiga ditulis dengan penulisan fond Arial 12 double spacing.
  • Tugasan perlu dibentangkan di hadapan kelas.
  • Refleksi perlu ditulis secara individu.
  • Setiap sumber rujukan perlu dinyatakan secara jelas.

    Thursday 8 March 2012

    Tugasan PIM3104 untuk 10 Mac 2012

    Assalamualaikum pelajar yang dihormati semua. setelah meneliti email tugasan yang dihantar didapati belum mencapai standard yang dikehendaki. Antum dikehendaki :
    1. Menganalisis Huraian Sukatan Pelajaran Aqidah tahun 1-6
    2. Memahami dan mendalami  Isi Kandungan Aqidah tahun 1-6
    3. Menghuraikan tajuk, isi pelajaran dan aktiviti tahun 1-6 untuk difahami dan dirancang dalam pengajaran dan pembelajaran.
    4. Pemilihan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk  p&p Aqidah sekolah rendah.

    International Conference UTM KL