Wednesday 26 February 2014

Permulaan perjalanan PhD ku

Perjalanan PhD ku...sangat menguji bukan sahaja untukku, tempias juga buat suami dan anak-anak. Bermula dengan pendaftaranku di UTM pada 28 Ogos 2013, maka berulangaliklah kami sekeluarga dari Melaka ke Johor Bahru. Setiap Isnin akan ke Johor Bahru bersama sahabat dari Putrajaya dan pada Hari Khamis balik ke Melaka. Ada ketikanya weekend suami dan anak-anak ke JB. Ketika ini menumpang di rumah adik suami. Selama dua bulan berulang alik meninggalkan anak-anak yang masih bersekolah di Melaka. Badan terasa penat dan anak-anak kurang terurus. Mereka menghadapi peperiksaan akhir tahun tahun 1 (abang) dan adik menghadapi peperiksaan akhir tahun bagi murid yang berusia 6 tahun di PASTI. Namun pertolongan Allah SWT tidak pernah hilang, abang dan adik mendapat keputusan yang sangat baik, alhamdulillah...bersambung...

Komen di Facebook

Status FB seorang student IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka, Kita semua boleh berdakwah... saya jurusan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran....macam mane nk berdakwah tuk kanak-kanak khas?.... belajar bahasa isyarat tuk smpaikan maudhu'(tajuk) Berdakwah bukan tuk kanak-kanak typical shj...malah kanak-kanak ini pun mahu ditarbiyah jga... # teringin belajar bahasa isyarat supaya ade translator tuk kanak-kanak istimewa....agar mereka tau manisnye nikmat ISLAM & IMAN. Komen Ummu Mujahid : Anakanda ........, berdakwah untuk kanak-kanak biasa atau khas yang terbaik ialah dengan biah solehah antaranya menunjukkan akhlak baik guru. Senyuman guru, kesabaran guru, tuturkata yang baik, tingkahlaku hebat, pakaian yang mengikut syariat, pergaulan yang menawan, dan pelbagai perkara yang boleh dizahirkan agar mereka nampak syariat&syiar Islam terpancar dalam kehidupan guru tersebut. Namun doa, munajat dan mhn petunjuk Allah swt sangat penting. Tidak ketinggalan berdoa bersama kanak-kanak ini sebelum memulakan pdp. Bittaufiq wannajah. Status FB seorang pelajar Mohon pendapat Dr dan bakal Dr semua: 1)sambung pengajian PHD secara part time atau full time? 2)sambung pengajian serentak bersama pasangan (suami) atau sorang dahulu? Komen Ummu Mujahid Master atau PhD pilihan kita, bukan perkara wajib fardu ain tapi fardu kifayah. Jadi, perkara wajib ialah kita uruskan tanggungjawab sebaiknya dengan keluarga, jangan kerana sambung belajar, suami dan anak-anak terabai. Urusan dengan masyarakat juga wajib. PhD bukan menutup kebebasan kita. PhD proses mendapatkan ilmu dan pengalaman agar menjadi hamba Allah SWT yang lebih bertaqwa untuk persediaan berjumpaNya nanti. Letakkan perkara wajib dan sunat ditempatnya. Wallahua'lam. Selamat belajar buat semua. Moga berjaya mencapai redha Allah SWT.

Wednesday 12 February 2014

Tazkirah 13 Februari 2014

dari FB Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (copy paste) TAZKIRAH HARI INI 13HB FEB 2014 BESI itu kuat, tapi API mampu meleburkan'nya API itu kuat, tapi AIR mampu memadamkannya AIR itu kuat, tapi AWAN mampu b menyerap'nya AWAN itu kuat, tapi ANGIN mampu menolak'nya ANGIN itu kuat, tapi BUKIT mampu menghalangi'nya BUKIT itu kuat, tapi MANUSIA mampu menghancurkannya MANUSIA itu kuat, tapi NAFSU mampu menundukan'nya NAFSU itu kuat, tapi IMAN mampu mengalahkan'nya 〃Tapi bila IMAN KUAT tiada apa yang mampu mengalahkan'nya Ya ALLAH.. Kuatkan IMAN kami dimana saja kami berada.. .آمــين.آمِيـن آمِيـن يا رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِن TAPI YANG MENGALAHKAN IMAN PULAA....... UJUB Ujub ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri. Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa. Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya. Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya. Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya. Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya. Orang berjawatan tinggi, kagum dgn jawatannya. Orang yg bijak berpidato, kagum dgn pidatonya, Orang yg petah berbicara, kagum dgn kepetahannya Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya. Walhal semua kelebihan atau keistimewaan itu adalah milik Allah dan diberikan kepada manusia. Sufyan at-Tsauri mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat. Muthrif rahimahullah telah berkata, “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.” Seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata, “Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.” Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri." (Surah An-Nisaa', sebahagian ayat 36) Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.” (HR Bukhari dan Muslim) Nabi saw. bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).” (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi) Imam Nawawi rahimahullah berkata,”ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit ujub. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya". (Syarh Arba’in) WALLAHUALAM..

Sunday 9 February 2014

Tahniah anak-anakku

Hari ni sebelum memulakan untuk meneruskan penulisan proposal, ummi menaip dahulu nota untuk ditampalkan di bilik anak-anak yang akan dibaca oleh mereka bila balik sekolah pukul 4.45 petang nanti. Assalamualaikum WMB Anak-anak kesayangan ummi, aset dunia akhirat ummi. Tahniah hari ni abang Mujahid : 1. Bangun awal 2. Bersahur dan niat berpuasa sunat 3. Mandi, gosok gigi 4. Solat Subuh 5. Bersiap dengan tenang 6. Mengemas katil Tahniah hari ni adik Khadeejah : 1. Bangun dengan tenang 2. Menggosok gigi dan mandi 3. Bersiap pakai pakaian sendiri Ummi bersyukur dikurniakan anak-anak soleh dan solehah. Ummi sayang abang dan adik. Catatan 10 Februari 2014 Nota ini bertujuan: 1. Anak-anak dapat muhasbah diri 2. Anak-anak memahami kasih sayang seorang ibu 3. Anak-anak menjadi hamba Allah yang sentiasa mentaati perintahNya.

Saturday 8 February 2014

Tabir Hikmah - Ustazah Norhafizah, IKIM 9 pagi (9 Februari 2014 - siaran ulangan) Sheikh Ammar Bugis lumpuh sejak berusia 2 bulan tetapi terlalu bersyukur atas nikmat kurniaan Allah SWT antaranya telah hafaz 30 juzuk al-Quran ketika berusia 13 tahun. Alhamdulillah ala kulli haalin wafi kulli haalin - syukur sakit. Bila kita dengar kritikan / penghinaan, banyak tabir hikmah yang Allah kurniakan kepada kita. Untuk menyingkap tabir hikmah / pengajaran/ yang tersurat dari yang tersirat sangat memerlukan hati yang bersih,perlu ada ilmu (tauhid, akhlak, tazkiyatunnafsi)yakin, puas dengan apa shj taqdir atas kita...anak kecik ladang pahala, suami ladang pahala...kita rasa puas hati dengan Allah Tuhan yang Maha Bijaksana atas segala yang berlaku dalam hidup kita, berhenti sekejap untuk berfikir. Berlaku masalah hubungan dengan suami isteri, renung sekejap matlamat perkahwinan, kasih sayang kerana apa? kerana Allah azzawajalla. Kalau bersalaman dengan suami, jadikan moment (masa) bersalam dengan ungkapan kata-kata..."saya sayangkan abang kerana Allah SWT". Kata-kata ini boleh keluar dari seseorang yang seluruh kehidupannya menterjemah untuk mencari redha Allah SWT... Contoh: Kita dikurniakan anak-anak, ada anak-anak yang cemerlang (terang hati),ada anak yang kita kena berusaha keras tapi tak bawa juga result peperiksaan yang baik. Begitu juga dengan al-Quran, tidak semua Allah kurniakan dengan jalan mudah, kekadang dapat anak yang lambat, susah nak ajar, struggle sebagai ibu. Dapat hikmah yang sangat besar...syukur Ya Allah Engkau dewasakan, matangkan aku dengan ini. Bila dikurniakan anak yang lambat, emak akan baca doa setengah jam sebelum mengajar mengaji, "Ya Allah saya mengharapkan sangat pertolonganMu ya Allah...), kita akan lebih memaknai, menikmati, bersungguh-sungguh... Jika ada orang memuji anak kita.."Kita tak akan kata tengoklah siapa mak dia...Arrahman allamal quran...lalu merintih Ya Allah jadikan anakku faham quran, ahlul quran. Berkahwin perkongsian hidup...satu platform mendekatkan diri kepada Allah...yakin dengan Allah... Doa lima kemuliaan minggu hadapan.

Cetusan Idea

Hari ni seperti biasa menyediakan bekalan untuk anak-anak ke sekolah termasuk anak saudara Mohd Zaid Hasif. Abi, ummi dan adik-adiknya ke Kuala Lumpur jadi Hasif tinggal di sini untuk ke sekolah hari ni. Selepas bermesej dengan ummi Hasif pagi ni, terkeluar cetusan idea ummi untuk mengajak ummi Hasif dan adik-adik ummi menulis buku. Mengingat kepada konsep Iqra dari Surah Al-Alaq ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ (١) خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنۡ عَلَقٍ (٢) ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ (٣) ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ (٤) عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ (٥) Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; (4) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5) (al-Alaq: 96: 1-5) “The more that you read, the more things you will know. The more that you learn, the more places you will go” — Dr.Seuss

Pelbagai kisah suka duka keinsafan

Assalamualaikum W.M.B Setiap hujung minggu ummi akan menutup komputer untuk memberi peluang masa yang berharga selama dua hari bersama keluarga. Suami dan anak-anak amanah dan kurniaan Allah S.W.T yang tiada ternilai, mereka aset untu dunia dan akhirat. Allahuakbar. Teringat tentang dosa-dosa yang terlalu banyak. Ya Allah hambaMu ini sentiasa memohon rahmatMu dan mati dalam khusnul Khatimah berbekalkan sedikit kebaikan yang dilakukan. Kekadang kita rasakan seperti tiada dosa tetapi rupanya ramai orang disekeliling yang kita sakiti perasaan mereka tanpa langsung kita perasan. MasyaAllah. Mohon keampunan Allah S.W.T. Khamis malam ummi dan suami telah menghadiri usrah gabungan dan menghantar anak-anak ke rumah adik untuk mereka tumpang sementara. Indahnya berukhuwwah dan manisnya dapat mendengar taujihat dari Ustaz. Jumaat petang ummi mengikuti majlis ilmu yang dikhususkan untuk muslimat sahaja. Subhanallah hebatnya ilmuMu. Sedikit sahaja ilmu yang dapat dikutip dari ustaz tapi terasa manis dan hebatnya makanan rohani ini. Tambah manis bila berjumpa dengan sahabat-sahabat sejemaah. Ya Allah betapa banyaknya nikmatMu kepada kami hambaMu yang haqir walfaqir ini. Banyaknya kurniaanMu dengan hikmah penghijrahan ilmu kami dari Melaka ke Johor Bahru ini. Alhamdulillah.

Tuesday 4 February 2014

Anak saudara seperti anak sendiri

Hari ni ummi tidak ke UTM kerana tiada sahabat yang dapat bersama. Masing-masing ada tugasan keluarga. Pagi seperti biasa menyediakan sarapan dan bekalan anak-anak ke sekolah. Sarapan roti canai telur dan bekal nasi goreng. Pagi ni adik dan abang bangun awal seperti biasa cuma setelah memakai kain sekolah, kain adik didapati meleret ke lantai, katanya adik tak suka kain naik atas pinggang. Ummi hanya tolong lipatkan kain tersebut di pinggang supaya kain adik tidak terlalu labuh. Setelah anak-anak ke sekolah dengan dihantar oleh abi, ummi mengemas rumah. Setelah selesai ummi mula duduk depan komputer untuk menyiapkan kajian. Tiba-tiba dapat mesej bergambar anak saudara Mohd Ayman Zhafran yang terlentang di katil hospital. Allhurabbi, ummi hampir menitiskan air mata terlalu sebak melihat kanak-kanak tiga tahun yang tidak berdosa menghadapi kesakitan. Ummi hanya mampu berdoa dan membalas mesej " Syafakallah Ayman, moga Ayman kuat, Allah yang memberi kita sakit, padaNya jua kita mohon kesembuhan. Fasobran jameela ummi dan abinya." Abi Ayman adalah adik ummi yang keenam. Ummi terasa perit dan sebak kerana anak saudara adalah darah daging dan seperti anak sendiri. Apapun ummi meneruskan penulisan. Ummi ucap berkali-kali وَٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ وَإِنَّہَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلۡخَـٰشِعِينَ (٤٥) Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (45) (Al-Baqarah : 45, 2:45), يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ (١٥٣)Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. (153)(Al-Baqarah 2:153).

Aktiviti anak-anak soleh solehah

Monday 3 February 2014

Kejutan dari Penyelia

Hari ni 4 Februari 2014 seperti biasa ummi bangun dan menyediakan bekalan makanan dan sarapan untuk anak-anak dan abi. Setelah selesai semua ummi mengemas rumah dan bersiap untuk ke bilik pasca siswazah fakulti. Kereta tak boleh start. Ya Allah macammana ni. Merajuk agaknya dah seminggu ummi tidak menggunakannya. Segera menalifon abi tetapi abi ada hal. Ummi bertenang dan cuba start lagi, alhamdulillah. Sampai di bilik pasca siswazah dapat mesej group dari penyelia yang mengatakan beliau akan ke UK pada 9 Februari. MasyaAllah kami sedang pulun menyiapkan proposal, Dr dah nak meneruskan post doctoral ke UK. Sabar, bertenang kata Dr. Saya akan hubungi anda semua melalui skype. Dekat atau jauhnya penyelia bukan masalah di zaman yang canggih dengan teknologi sekarang. Dr., siiruu ala barakatillah. Biitaufiq wannajah. semasa menyiapkan proposal juga dapat mesej group yang mengucapkan tahniah dan takziah atas perlantikan seseorang ke jawatan presiden. Ummi pun menegur "Maaf tahniah tu betul, tapi takziah hanya ucapan untuk yang ditimpa musibah, tiada dalil ucapan takziah untuk orang yang dilantik ke jawatan penting". Wallahua'lam.

Kejutan buat seorang Ummi

Hari ini 3 Februari 2014 Ummi sedang minum minuman kegemaran iaitu Spyhru, tiba-tiba anakanda Mujahid menegur: "Ummi dah solat? Ummi menjawab "belum, ummi kan berbuka puasa, ummi nak minum air ni sekejap untuk segarkan badan ummi." Anakandaku segera berkata "Ummi, abang risau ummi belum solat. "Dah dekat pukul 8 ni ummi". Tersentap ummi dengan teguran sikecil, biasanya ummi berbuka dengan kurma dan air minetal terus solat tapi hari ni ummi temankan adik dan abang yang nak makan bersama ummi. Jadi ummi pun terus makan nasi, jadi agak lewat menunaikan solat Maghrib. Tidak lama kemudian anak soleh ni menyuarakan isi hatinya lagi "ummi, abang senang hati dan rasa selesa bila selesai solat Isyak sebelum tidur kerana tu solat terakhir sebelum tidur". MasyaAllah, Allahuakbar ummi tidak terkata kerana tidak menyangka kata-kata begitu luahan kanak-kanak yang berusia hanya 7 tahun 4 bulan. Alhamdulillah ya Allah. Engkau telah kurniakan kepadaku anugerah yang sangat hebat. Ya Allah pandanglah diriku, suamiku, ibubapaku dan anak-anakku dengan pandangan rahmahMu.

International Conference UTM KL