Sunday, 8 April 2012

PPG KOHORT 2 (INTERAKSI ke 4 dan ke 5 - 21 dan 28 APRIL 2012)

Assalamualaikum wmb.

  1. Semua pelajar PPG PA Kohort 2, anda dikehendaki membentangkan jawapan soalan 2 kertas projek yang telah diberi pada interaksi keempat dan kelima pada 28 April 2012. Sila emailkan tugasan yang telah lengkap kepada sofiahmohamed@yahoo.com.my.
  2. Tajuk yang akan dipelajari pada interaksi ke 4 dan ke 5 ialah :-
  • Konsep Pendidikan Islam j-QAF.
  • Huraian kepada pengenalan dan konsep Pendidikan Islam j-Qaf melibatkan :          Pengenalan,   Objektif ,    Matlamat,     Kandungan,    Kurikulum dan Pelaksanaan
  • Model-model Program j-QAF dari segi konsep, objektif, matlamat dan kepentingan
  • Kem Bestari Solat , pemulihan jawi , Bahasa Arab Komunikasi dan cara perlaksanaan Model Enam Bulan Khatam Al-Quran.
  • Perbincangan mengenai kekuatan dan kelemahan setiap model.

Wednesday, 21 March 2012

TUGASAN PPG KOHORT 2 (31 MAC 2012)

Assalamualaikum semua,maaf kita belum berkesempatan berjumpa lagi. Di sini ustazah sertakan tugasan untuk perbincangan dua minggu lagi iaitu 31 Mac 2012.

Secara berkumpulan (5 atau 6 kumpulan) sila bincang, hurai dan analisis tajuk-tajuk berikut. Kesemuanya perlu disiapkan dalam bentuk power point serta dibentangkan di hadapan kelas pada 31 Mac. Setiap kumpulan di beri masa pembentangan 15 minit sahaja.

  1. Dapatkan sukatan pelajaran Pendidikan Islam KBSR (tahun 3 hingga 4) dan buat rumusan secara analitik (bersifat analisis) berkaitan falsafah dan kandungan sukatan.(tugasan untuk 4 kumpulan)
  2. Cari bahan-bahan yang berkaitan dengan penggunaan dan keberkesanan Buku Teks, Buku Panduan Guru dan Sukatan Pelajaran serta jelaskan konsep, penggunaan serta keberkesanan ketiga-tiga dokumen tersebut.(tugasan untuk 1 kumpulan)
  3. Analisis kandungan buku teks dan buku panduan guru. (untuk 1 kumpulan)

Sunday, 11 March 2012

TUGASAN JQAF PENDIDIKAN ISLAM (MAJOR)

Guru-guru Pendidikan Islam biasanya menjadi role model kepada masyarakat terutama warga sekolah. Guru-guru berperanan penting memberi didikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Islam. Justeru guru-guru perlu memahami konsep dan matlamat Pendidikan Islam mengikut Al-Quran dan Al-Sunnah.

Berdasarkan penyataan di atas anda dikehendaki:

  1. Menghuraikan konsep, matlamat dan Falsafah Pendidikan Islam dan sila jelaskan realiti yang berlaku pada diri anda.
  2. Memilih dua orang tokoh Pendidikan Islam, dengan merujuk kepada kedua-dua tokoh tersebut, huraikan ciri-ciri penting yang perlu ada pada diri seorang guru yang cemerlang.
  3. Menganalisis prinsip-prinsip asas pengajaran dan pebelajaran Pendidikan Islam.
Arahan tugasan:
  • Tugasan dilasanakan secara berkumpulan 3-4 orang
  • Tugasan satu perlu disediakan dalam bentuk power point / grafik
  • Tugasan dua dan tiga ditulis dengan penulisan fond Arial 12 double spacing.
  • Tugasan perlu dibentangkan di hadapan kelas.
  • Refleksi perlu ditulis secara individu.
  • Setiap sumber rujukan perlu dinyatakan secara jelas.

    Thursday, 8 March 2012

    Tugasan PIM3104 untuk 10 Mac 2012

    Assalamualaikum pelajar yang dihormati semua. setelah meneliti email tugasan yang dihantar didapati belum mencapai standard yang dikehendaki. Antum dikehendaki :
    1. Menganalisis Huraian Sukatan Pelajaran Aqidah tahun 1-6
    2. Memahami dan mendalami  Isi Kandungan Aqidah tahun 1-6
    3. Menghuraikan tajuk, isi pelajaran dan aktiviti tahun 1-6 untuk difahami dan dirancang dalam pengajaran dan pembelajaran.
    4. Pemilihan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk  p&p Aqidah sekolah rendah.

    Wednesday, 8 February 2012

    PIM3104 INTERAKSI KEEMPAT

    INTERAKSI KEEMPAT

    Aplikasi Strategi P&P Aqidah Tahun 1-6            

    Secara berpasangan, anda diberi masa 10 minit sahaja untuk membentangkan hasil dari RPH yang telah disediakan:-
    1. Memilih dan menganalisis huraian sukatan pelajaran aqidah bagi mana-mana tahun pembelajaran di sekolah rendah.
    2. Memilih satu topik mata pelajaran aqidah tentang beriman kepada Allah
    3. Mengenalpasti strategi, kaedah dan teknik yang sesuai dan berkesan untuk pengajaran tajuk berkenaan
    4. Mengaplikasi strategi, kaedah, teknik yang sesuai dan menarik dalam penyediaan rancangan P&P harian tajuk berkenaan
    5. melaksanakan P&P yang dirancang dalam bilik darjah
    6. Membuat refleksi terhadap tugasan yang telah dilaksanakan

    Wednesday, 18 January 2012

    PIM3104 PENDIDIKAN AQIDAH SEKOLAH RENDAH (INTERAKSI KETIGA)

    INTERAKSI KETIGA 10 MAC 2012

    (SILA BAWA BUKU TEKS, HURAIAN SUKATAN PELAJARAN, BUKU PANDUAN GURU. BAHAGIKAN KEPADA ENAM KUMPULAN, SETIAP KUMPULAN MEMBINCANGKAN DAN MEMBENTANGKAN MENGIKUT TAHUN) 

    Cerakin dan perincian Tajuk Tahun 1-6 ( Meneliti huraian sukatan  ):


    ·       Mendalami isi-isi pelajaran Aqidah tahun 1-6
    -     Menghuraikan tajuk, isi pelajaran dan aktiviti tahun 1 - 6 untuk difahami dan dirancang dalam pengajaran dan pembelajaran.

    PIM3104 PENDIDIKAN AQIDAH SEKOLAH RENDAH

    PELAJAR PPG SEM 2

    PENDIDIKAN AQIDAH SEKOLAH RENDAH PIM3104

    Tajuk interaksi kedua pada 18 Feb 2012

    (Bahagikan kepada enam kumpulan untuk satu tajuk setiap kumpulan. Sila bersedia dengan bahan-bahan dan buku rujukan setiap kali interaksi untuk perbincangan dan pembentangan):
     
    1. Konsep Syahadatain 

    2- Konsep Rukun Iman
    ·      pengertian iman
    ·      menghuraikan Rukun Iman
    ·      Implikasi   beriman kepada Rukun Iman

    ·   Sesi muhasabah tentang aktviti-aktiviti peningkatan Iman di kalangan pelajar-pelajar 
    3-Konsep Rukun Islam
    ·          Pengertian Islam dan dalil
    ·          Huraian Rukun Islam satu persatu
    ·          Implikasi beriman kepada Rukun Islam

    4-Sifat-sifat dan nama-nama Allah (Tauhid Asma’ Wassifat)

    5- Konsep Dosa dan pahala
    6-  Perkara –perkara Samiyyat


    International Conference UTM KL