Thursday, 21 June 2012
PPG PIM3106 Pedidikan Sirah Sekolah Rendah
Assalamualaikum semua pelajar. Selamat kembali semula ke semester baru. Sila dapatkan pro forma dari http://japimipgmkpm.blogspot.com/ dan Modul Sirah.http://www.ipislam.edu.my/uploaded/ModulPGSR/PMI3106.pdf. Moga berjaya.
Thursday, 19 April 2012
PPG KOHORT 2 (INTERAKSI ke 4 dan ke 5 - 21 dan 28 APRIL 2012)
Assalamualaikum semua pelajar PPG Kohort 2 PIM 3101(Interaksi 21 April 2012)
- Sila baca dan bawa modul 7 dan 8 untuk perbincangan selepas pembentangan esok
- Modul 9 dan 10 untuk interaksi terakhir nanti (28 April 2012).
Sunday, 8 April 2012
PPG KOHORT 2 (INTERAKSI ke 4 dan ke 5 - 21 dan 28 APRIL 2012)
Assalamualaikum wmb.
- Semua pelajar PPG PA Kohort 2, anda dikehendaki membentangkan jawapan soalan 2 kertas projek yang telah diberi pada interaksi keempat dan kelima pada 28 April 2012. Sila emailkan tugasan yang telah lengkap kepada sofiahmohamed@yahoo.com.my.
- Tajuk yang akan dipelajari pada interaksi ke 4 dan ke 5 ialah :-
- Konsep Pendidikan Islam j-QAF.
- Huraian kepada pengenalan dan konsep Pendidikan Islam j-Qaf melibatkan : Pengenalan, Objektif , Matlamat, Kandungan, Kurikulum dan Pelaksanaan
- Model-model Program j-QAF dari segi konsep, objektif, matlamat dan kepentingan
- Kem Bestari Solat , pemulihan jawi , Bahasa Arab Komunikasi dan cara perlaksanaan Model Enam Bulan Khatam Al-Quran.
- Perbincangan mengenai kekuatan dan kelemahan setiap model.
Wednesday, 21 March 2012
TUGASAN PPG KOHORT 2 (31 MAC 2012)
Assalamualaikum semua,maaf kita belum berkesempatan berjumpa lagi. Di sini ustazah sertakan tugasan untuk perbincangan dua minggu lagi iaitu 31 Mac 2012.
Secara berkumpulan (5 atau 6 kumpulan) sila bincang, hurai dan analisis tajuk-tajuk berikut. Kesemuanya perlu disiapkan dalam bentuk power point serta dibentangkan di hadapan kelas pada 31 Mac. Setiap kumpulan di beri masa pembentangan 15 minit sahaja.
Secara berkumpulan (5 atau 6 kumpulan) sila bincang, hurai dan analisis tajuk-tajuk berikut. Kesemuanya perlu disiapkan dalam bentuk power point serta dibentangkan di hadapan kelas pada 31 Mac. Setiap kumpulan di beri masa pembentangan 15 minit sahaja.
- Dapatkan sukatan pelajaran Pendidikan Islam KBSR (tahun 3 hingga 4) dan buat rumusan secara analitik (bersifat analisis) berkaitan falsafah dan kandungan sukatan.(tugasan untuk 4 kumpulan)
- Cari bahan-bahan yang berkaitan dengan penggunaan dan keberkesanan Buku Teks, Buku Panduan Guru dan Sukatan Pelajaran serta jelaskan konsep, penggunaan serta keberkesanan ketiga-tiga dokumen tersebut.(tugasan untuk 1 kumpulan)
- Analisis kandungan buku teks dan buku panduan guru. (untuk 1 kumpulan)
Sunday, 11 March 2012
TUGASAN JQAF PENDIDIKAN ISLAM (MAJOR)
Guru-guru Pendidikan Islam biasanya menjadi role model kepada masyarakat terutama warga sekolah. Guru-guru berperanan penting memberi didikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Islam. Justeru guru-guru perlu memahami konsep dan matlamat Pendidikan Islam mengikut Al-Quran dan Al-Sunnah.
Berdasarkan penyataan di atas anda dikehendaki:
Berdasarkan penyataan di atas anda dikehendaki:
- Menghuraikan konsep, matlamat dan Falsafah Pendidikan Islam dan sila jelaskan realiti yang berlaku pada diri anda.
- Memilih dua orang tokoh Pendidikan Islam, dengan merujuk kepada kedua-dua tokoh tersebut, huraikan ciri-ciri penting yang perlu ada pada diri seorang guru yang cemerlang.
- Menganalisis prinsip-prinsip asas pengajaran dan pebelajaran Pendidikan Islam.
- Tugasan dilasanakan secara berkumpulan 3-4 orang
- Tugasan satu perlu disediakan dalam bentuk power point / grafik
- Tugasan dua dan tiga ditulis dengan penulisan fond Arial 12 double spacing.
- Tugasan perlu dibentangkan di hadapan kelas.
- Refleksi perlu ditulis secara individu.
- Setiap sumber rujukan perlu dinyatakan secara jelas.
Thursday, 8 March 2012
Tugasan PIM3104 untuk 10 Mac 2012
Assalamualaikum pelajar yang dihormati semua. setelah meneliti email tugasan yang dihantar didapati belum mencapai standard yang dikehendaki. Antum dikehendaki :
- Menganalisis Huraian Sukatan Pelajaran Aqidah tahun 1-6
- Memahami dan mendalami Isi Kandungan Aqidah tahun 1-6
- Menghuraikan tajuk, isi pelajaran dan aktiviti tahun 1-6 untuk difahami dan dirancang dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Pemilihan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk p&p Aqidah sekolah rendah.
Wednesday, 8 February 2012
PIM3104 INTERAKSI KEEMPAT
INTERAKSI KEEMPAT
Aplikasi Strategi P&P Aqidah Tahun 1-6
Aplikasi Strategi P&P Aqidah Tahun 1-6
Secara berpasangan, anda diberi masa 10 minit sahaja untuk membentangkan hasil dari RPH yang telah disediakan:-
- Memilih dan menganalisis huraian sukatan pelajaran aqidah bagi mana-mana tahun pembelajaran di sekolah rendah.
- Memilih satu topik mata pelajaran aqidah tentang beriman kepada Allah
- Mengenalpasti strategi, kaedah dan teknik yang sesuai dan berkesan untuk pengajaran tajuk berkenaan
- Mengaplikasi strategi, kaedah, teknik yang sesuai dan menarik dalam penyediaan rancangan P&P harian tajuk berkenaan
- melaksanakan P&P yang dirancang dalam bilik darjah
- Membuat refleksi terhadap tugasan yang telah dilaksanakan
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
PIAGAM MADINAH PIAGAM PERTAMA YANG DITULIS DALAM SEJARAH DUNIA MAKSUD PIAGAM MADINAH · Perlembagaan yang ditulis dan dipersetujui ber...
-
Disertai oleh 8 orang ahli JaPIM. Kursus ini dikendalikan oleh Ustaz Mohd Rizuan Abdul Rasid
-
Assalamualaikum wmb. Lama tidak menulis di sini. Banyak perkara boleh diceritakan namun kesempatan sangat terhad. Senario politik negara yan...