Monday, 3 February 2014

Kejutan dari Penyelia

Hari ni 4 Februari 2014 seperti biasa ummi bangun dan menyediakan bekalan makanan dan sarapan untuk anak-anak dan abi. Setelah selesai semua ummi mengemas rumah dan bersiap untuk ke bilik pasca siswazah fakulti. Kereta tak boleh start. Ya Allah macammana ni. Merajuk agaknya dah seminggu ummi tidak menggunakannya. Segera menalifon abi tetapi abi ada hal. Ummi bertenang dan cuba start lagi, alhamdulillah. Sampai di bilik pasca siswazah dapat mesej group dari penyelia yang mengatakan beliau akan ke UK pada 9 Februari. MasyaAllah kami sedang pulun menyiapkan proposal, Dr dah nak meneruskan post doctoral ke UK. Sabar, bertenang kata Dr. Saya akan hubungi anda semua melalui skype. Dekat atau jauhnya penyelia bukan masalah di zaman yang canggih dengan teknologi sekarang. Dr., siiruu ala barakatillah. Biitaufiq wannajah. semasa menyiapkan proposal juga dapat mesej group yang mengucapkan tahniah dan takziah atas perlantikan seseorang ke jawatan presiden. Ummi pun menegur "Maaf tahniah tu betul, tapi takziah hanya ucapan untuk yang ditimpa musibah, tiada dalil ucapan takziah untuk orang yang dilantik ke jawatan penting". Wallahua'lam.

Kejutan buat seorang Ummi

Hari ini 3 Februari 2014 Ummi sedang minum minuman kegemaran iaitu Spyhru, tiba-tiba anakanda Mujahid menegur: "Ummi dah solat? Ummi menjawab "belum, ummi kan berbuka puasa, ummi nak minum air ni sekejap untuk segarkan badan ummi." Anakandaku segera berkata "Ummi, abang risau ummi belum solat. "Dah dekat pukul 8 ni ummi". Tersentap ummi dengan teguran sikecil, biasanya ummi berbuka dengan kurma dan air minetal terus solat tapi hari ni ummi temankan adik dan abang yang nak makan bersama ummi. Jadi ummi pun terus makan nasi, jadi agak lewat menunaikan solat Maghrib. Tidak lama kemudian anak soleh ni menyuarakan isi hatinya lagi "ummi, abang senang hati dan rasa selesa bila selesai solat Isyak sebelum tidur kerana tu solat terakhir sebelum tidur". MasyaAllah, Allahuakbar ummi tidak terkata kerana tidak menyangka kata-kata begitu luahan kanak-kanak yang berusia hanya 7 tahun 4 bulan. Alhamdulillah ya Allah. Engkau telah kurniakan kepadaku anugerah yang sangat hebat. Ya Allah pandanglah diriku, suamiku, ibubapaku dan anak-anakku dengan pandangan rahmahMu.

Tuesday, 6 November 2012

Assalamualaikum pelajar-pelajar J-Qaf 2012 PA3 dan PK, Ustazah akan mengajar antum mulai 23 Nov 2012. Jadual yang ada di Portal IPGKPM telah ditukar suka sama suka dengan pensyarah lain mengikut keperluan semasa. KU unit boleh hubungi ustazah untuk keterangan lanjut. Terimakasih.

International Conference UTM KL