Tuesday, 4 February 2014
Anak saudara seperti anak sendiri
Hari ni ummi tidak ke UTM kerana tiada sahabat yang dapat bersama. Masing-masing ada tugasan keluarga.
Pagi seperti biasa menyediakan sarapan dan bekalan anak-anak ke sekolah. Sarapan roti canai telur dan bekal nasi goreng. Pagi ni adik dan abang bangun awal seperti biasa cuma setelah memakai kain sekolah, kain adik didapati meleret ke lantai, katanya adik tak suka kain naik atas pinggang. Ummi hanya tolong lipatkan kain tersebut di pinggang supaya kain adik tidak terlalu labuh.
Setelah anak-anak ke sekolah dengan dihantar oleh abi, ummi mengemas rumah. Setelah selesai ummi mula duduk depan komputer untuk menyiapkan kajian. Tiba-tiba dapat mesej bergambar anak saudara Mohd Ayman Zhafran yang terlentang di katil hospital. Allhurabbi, ummi hampir menitiskan air mata terlalu sebak melihat kanak-kanak tiga tahun yang tidak berdosa menghadapi kesakitan. Ummi hanya mampu berdoa dan membalas mesej " Syafakallah Ayman, moga Ayman kuat, Allah yang memberi kita sakit, padaNya jua kita mohon kesembuhan. Fasobran jameela ummi dan abinya." Abi Ayman adalah adik ummi yang keenam.
Ummi terasa perit dan sebak kerana anak saudara adalah darah daging dan seperti anak sendiri. Apapun ummi meneruskan penulisan. Ummi ucap berkali-kali وَٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ وَإِنَّہَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلۡخَـٰشِعِينَ (٤٥) Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (45) (Al-Baqarah : 45, 2:45), يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ (١٥٣)Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. (153)(Al-Baqarah 2:153).
Monday, 3 February 2014
Kejutan dari Penyelia
Hari ni 4 Februari 2014 seperti biasa ummi bangun dan menyediakan bekalan makanan dan sarapan untuk anak-anak dan abi. Setelah selesai semua ummi mengemas rumah dan bersiap untuk ke bilik pasca siswazah fakulti. Kereta tak boleh start. Ya Allah macammana ni. Merajuk agaknya dah seminggu ummi tidak menggunakannya. Segera menalifon abi tetapi abi ada hal. Ummi bertenang dan cuba start lagi, alhamdulillah.
Sampai di bilik pasca siswazah dapat mesej group dari penyelia yang mengatakan beliau akan ke UK pada 9 Februari. MasyaAllah kami sedang pulun menyiapkan proposal, Dr dah nak meneruskan post doctoral ke UK. Sabar, bertenang kata Dr. Saya akan hubungi anda semua melalui skype. Dekat atau jauhnya penyelia bukan masalah di zaman yang canggih dengan teknologi sekarang. Dr., siiruu ala barakatillah. Biitaufiq wannajah.
semasa menyiapkan proposal juga dapat mesej group yang mengucapkan tahniah dan takziah atas perlantikan seseorang ke jawatan presiden. Ummi pun menegur "Maaf tahniah tu betul, tapi takziah hanya ucapan untuk yang ditimpa musibah, tiada dalil ucapan takziah untuk orang yang dilantik ke jawatan penting". Wallahua'lam.
Kejutan buat seorang Ummi
Hari ini 3 Februari 2014 Ummi sedang minum minuman kegemaran iaitu Spyhru, tiba-tiba anakanda Mujahid menegur:
"Ummi dah solat? Ummi menjawab "belum, ummi kan berbuka puasa, ummi nak minum air ni sekejap untuk segarkan badan ummi."
Anakandaku segera berkata "Ummi, abang risau ummi belum solat. "Dah dekat pukul 8 ni ummi".
Tersentap ummi dengan teguran sikecil, biasanya ummi berbuka dengan kurma dan air minetal terus solat tapi hari ni ummi temankan adik dan abang yang nak makan bersama ummi. Jadi ummi pun terus makan nasi, jadi agak lewat menunaikan solat Maghrib.
Tidak lama kemudian anak soleh ni menyuarakan isi hatinya lagi "ummi, abang senang hati dan rasa selesa bila selesai solat Isyak sebelum tidur kerana tu solat terakhir sebelum tidur".
MasyaAllah, Allahuakbar ummi tidak terkata kerana tidak menyangka kata-kata begitu luahan kanak-kanak yang berusia hanya 7 tahun 4 bulan.
Alhamdulillah ya Allah. Engkau telah kurniakan kepadaku anugerah yang sangat hebat.
Ya Allah pandanglah diriku, suamiku, ibubapaku dan anak-anakku dengan pandangan rahmahMu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
PIAGAM MADINAH PIAGAM PERTAMA YANG DITULIS DALAM SEJARAH DUNIA MAKSUD PIAGAM MADINAH · Perlembagaan yang ditulis dan dipersetujui ber...
-
Disertai oleh 8 orang ahli JaPIM. Kursus ini dikendalikan oleh Ustaz Mohd Rizuan Abdul Rasid
-
Assalamualaikum wmb. Lama tidak menulis di sini. Banyak perkara boleh diceritakan namun kesempatan sangat terhad. Senario politik negara yan...






