Tuesday, 9 August 2011

PRO FORMA PIM3101 (PPG)

Pro Forma Kursus
Program Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
(Pendidikan Islam Pendidikan Rendah)

Nama Kursus
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
(Introduction To Islamic Education Curriculum)
Kod Kursus
 PIM3101
Kredit
3(3+0)
Jam Kontak
45 Jam
Bahasa Pengantar
Bahasa Melayu
Prasyarat
Tiada
Semester
Pertama/ Kedua
Hasil Pembelajaran
1.     Menghurai perkembangan Pendidikan Islam zaman Rasulullah s.a.w., Khulafa’ Al-Rasyidin dan di Malaysia.

2.     Menganalisis sukatan   pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah, penggunaan Buku Teks dan Buku Panduan Guru.

3.     Menghurai sukatan pelajaran dan pelaksanaan Pendidikan Islam Enam Bulan Pertama  Tahun Satu dan model-model program       j-QAF.
Sinopsis
Kursus ini memfokuskan perbincangan terhadap perkembangan kurikulum pendidikan Islam dan analisis perbandingan kurikulum lama dan baru.  Membincangkan  penggunaan Buku Teks dan Buku Panduan Guru,  pelaksanaan   program j-QAF dan pelaksanaan enam bulan pertama Tahun Satu di sekolah rendah. 

This course focuses on the Islamic education  curriculum development and comparative analysis of the old and new curriculum, the usage of text books, teachers guide book, the implementation of “j-QAF” Programme and the first sixth month of Year One.



Tajuk
Kandungan
Jam
1
Perkembangan Pendidikan Islam.
·         Zaman Rasulullah s.a.w.
·         Zaman Khuluafa’ al-Rasyidin
 6
2
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia hingga kini.
·         Sebelum merdeka
·         Selepas merdeka
6
3
Analisis perbandingan kurikulum lama dan kurikulum baru Pendidikan Islam sekolah rendah.
·           Konsep
·           Matlamat
·           Falsafah
·           Kandungan
6  
4
 Analisis kandungan Sukatan Pelajaran dan   Huraian 
 Sukatan Pelajaran  Pendidikan Islam  KBSR
·         Pengenalan
·         Falsafah
·         Matlamat
·         Objektif
·         Kepentingan
·         Kandungan
 
6
5
Pengenalan Buku Teks dan Buku Panduan Guru dan kaitan dengan sukatan pelajaran
·         Konsep
·         Kandungan
·         Penggunaan
·         Keberkesanan
6
6
Pengenalan Pendidikan Islam j-QAF
·         Pengenalan
·         Kandungan
·         Pelaksanaan
·         Penilaian
3
7

Model-model dalam program j-QAF  dan  
Pelaksanaannya

·         Model Tasmik
·         Model Enam Bulan Khatam Al-Quran
·         Model Pemulihan Jawi
·         Model Perluasan Bahasa Arab  Komunikasi
·         Model Bestari solat (Kokurikulum
6
8

Pelaksanaan Pendidikan Islam Enam Bulan Pertama  
  Tahun Satu
·         Konsep
·         Kandungan
·         Pelaksanaan
·         Penilaian
6
Jumlah
45


Pentaksiran
Kerja Kursus                            50 %  
Peperiksaan Akhir                  50 %  

Rujukan Asas
Abdullah Ishak,Dr. (1995) Pendidikan Islam dan pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementerian Pendidikan Malaysia (2002) Sukatan pelajaran sekolah rendah pendidikan Islam Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementerian Pelajaran Malaysia (2005) j-QAF panduan pelaksanaan model dan modul pengajaran dan pembelajaran.Putrajaya: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

Monday, 8 August 2011

NOTA BUAT PPISMP PA AMBILAN JUN 2010


PIAGAM MADINAH
PIAGAM PERTAMA YANG DITULIS DALAM SEJARAH DUNIA
MAKSUD PIAGAM MADINAH
  • ·      Perlembagaan yang ditulis dan dipersetujui bersama semua golongan (orang Islam dan Yahudi) yang menjadi warganegara Madinah Al-Munawwarah pimpinan Rasulullah SAW.
  •  Disebut Sahifah al-Madinah (perlembagaan bertulis pertama di dunia).
  •  Menjadi asas pembentukan sebuah Negara Islam.

PERISTIWA SEBELUM PENGGUBALAN PIAGAM MADINAH
1. PERJANJIAN AQABAH PERTAMA:
·                              12 orang penduduk Madinah ke Makkah bertemu Rasulullah SAW, berjanji meninggalkan perkara syirik, mencuri, berzina, membunuh anak, tidak menipu serta taat perintah Rasulullah SAW.
2. PENERIMAAN MASYARAKAT YATHRIB TERHADAP AGAMA ISLAM:
·                              Mus’ab bin Umair diutus ke Yathrib mengajar al-Quran oleh Rasulullah SAW.
·                              Dakwah Mus’ab diterima baik penduduk Aus dan Khazraj.
·                              Akhirnya ramai yang memeluk Islam.
3. PERJANJIAN AQABAH KEDUA:
·                              Tahun berikutnya, Mus’ab membawa 73 orang lelaki dan 2 orang wanita Madinah.
·                              Mereka berbai’ah akan memelihara dan mempertahankan Rasulullah SAW, berikrar taat setia ketika susah dan senang, tidak berpecah dan bercakap benar di mana sahaja.

KANDUNGAN PIAGAM MADINAH
·                              Terdapat 10 Bahagian dan mengandungi 47 fasal.
·                              23 fasal mengenal peraturan sesama Islam dan 24 fasal tentang orang Yahudi.
·                              Antara kandungannya ialah:
  1. Mengakui Nabi Muhammad SAW, ketua Negara Madinah.
  2. Mengakui Ansar dan Muhajirin sebagai umat yang bertanggungjawab terhadap agama, rasul dan masyarakat Islam.
  3. Setiap kaum bebas beragama dan mengamalkan cara hidup masing-masing.
  4. Orang Islam dan Yahudi bertanggungjawab terhadap keselamatan Negara daripada serangan musuh.
  5. Orang Yahudi dibenarkan hidup dengan cara mereka serta menghormati orang Islam tetapi tidak dibenarkan melindungi orang Musyrikin Quraisy.
  6. Setiap masyarakat bertanggungjawab menjaga keselamatan dan mengekalkan perpaduan di Madinah.
  7. Setiap individu tidak boleh menyakiti dan memusuhi individu atau kaum lain. Hendaklah tolong-menolong demi pembangunan, ekonomi, dan keselamatan.
  8. Setiap kaum perlu merujuk Rasulullah SAW (ketua negara) jika berlaku perbalahan.
  9. Mana-mana pihak dilarang berhubungan dengan pihak luar terutama Musyrikin Mekah dan sekutu mereka.
  10. Piagam ini mempunyai kuasa melindungi pihak yang mempersetujuinya dan hak mengambil tindakan pada sesiapa yang melanggarnya.
Piagam ini membuktikan betapa Nabi Muhammad saw mampu menjalankan perananya sebagai pemimpin dan ketua agama kepada semua pihak tanpa melakukan diskriminasi.

Piagam ini mempunyai 47 fasal dan dibahagikan kepada dua bahagian yang setiap satu mempunyai 23 dan 24 fasal. Piagam ini memberikan penekanan terhadap beberapa perkara yang telah diringkaskan di bawah:

1. politik dan pentadbiran yang menganggap Nabi Muhammad saw sebagai pemimpin dan hakim yang memerintah secara adil.
2. agama yang membenarkan semua orang bebas beragama dan mengamalkan ajaran agama mereka tanpa sekatan.
3. sosial yang mewajibkan semua penduduk menerima satu sama lain yang dianggap sebagai ummah yang bersatu mempertahankan agama dan negara.
4. perundangan pula melibatkan penggunaan peraturan Islam dalam memastikan peraturan dipatuhi.
5. ekonomi pula memastikan semua pihak menerima peluang yang sama dalam menjalankan urusan ekonomi.
6. pertahanan yang memastikan semua orang bersatu mempertahankan negara daripada serangan musuh.
7. orang yahudi dianggap rakyat selagi mereka sendiri memahami dan mematuhi piagam itu.

Asas Pemerintahan Moden Dalam Piagam Madinah.

Piagam Madinah merupakan perlembagaan kerajaan Islam yang pertama yang ditulis sebagai asas pemerintahan yang menjadi sandaran pemerintahan rasululullah saw dan hubungannya dengan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama. Ianya merupakan implimentasi kepada asas-asas siyasah yang bersesuaian dengan keperluan semasa dan syarak.  Penulisan perlembagaan ini menggambarkan hakikat ketelusan pemerintahan Islam dan keadilannya.

Mewujudkan perlembagaan yang bertulis yang sesuai dengan keperluan semasa walaupun al-Quran telah wujud menunjukkan kepada keperluannya bagi mentadbir sesebuah negara.

Berikut ialah beberapa asas kerajaan moden yang terdapat di dalam Piagam Madinah:

Penyataan Mengenai Ummah dan Kerakyatan

Piagam Madinah telah menegaskan mengenai pembentukan ummah, dan mentakrifkannya dengan menjadikan Islam sebagai asas kerakyatan dalam Daulah Islamiah yang baru disamping menjelaskan hak-hak dan tanggungjawab rakyat sebagaimana berikut:

Fasal 1. Ini adalah tulisan daripada Muhammad seorang nabi dan utusan Allah, diantara orang-orang beriman daripada Quraisy dan penduduk Yathrib dan sesiapa yang mengikuti mereka, yang bertemu mereka dan berjihad dengan mereka.

Fasal 2. Mereka adalah satu ummah tanpa manusia lain.

Fasal 3. Muhajirin daripada Quraisy di atas keadaan mereka, saling menjadi `aqilah[15] antara mereka, mereka melepaskan tawanan mereka dengan makruf dan adil sesama mukminin.

Begitu juga Piagam Madinah menyentuh mengenai kerakyatan bukan Islam daripada Yahudi dan musyrikin Mekah yang datang ke Madinah, dengan menentukan hak-hak dan tanggungjawab mereka, sebagimana dalam fasal berikut:

Fasal 24 Orang-orang Yahudi perlu mengeluarkan perbelanjaan peperangan bersama orang-orang yang beriman apabila mereka berperang.

Fasal 25. Sesungguhnya Yahudi bani `Auf satu ummat bersama orang-orang yang beriman, bagi Yahudi agama mereka dan bagi muslimin agama mereka, hamba-hamba mereka dan diri mereka, melainkan sesiapa yang berlaku zalim sesungguhnya dia tidak membinasakan melainkan dirinya dan ahli keluarganya.

Fasal 26. Dan bagi Yahudi bani al-Najjar seperti apa yang menjadi hak dan tanggungjawab bani `Auf.

Pernyataan Mengenai Peribadi Ketua Negara.

Nas-nas Piagam Madinah menyatakan bahawa ketua kerajaan baru itu ialah rasulullah (s.a.w.). Kepadanyalah dirujuk dalam menyelesaikan segala  perselisihan dan bagindalah yang akan memelihara nas-nas perlembagaan dan melaksanakan segala ketetapannya.

Sebagaimana dalam fasal 23; Apabila kamu berselisih dalam apa perkara sekalipun maka rujukannya ialah kepada Allah dan Muhammad. Begitu juga dalam fasal 42.

Mengakui Dasar Keadilan dan Persamaan.

Sebagaimana dalam fasal 13; Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan bertakwa, maka tangan mereka ke atas sesiapa yang melampaui batas di antara mereka, atau menuntut pemberian dengan cara yang zalim, dosa,  permusuhan dan kemusnahan antara mukminin, maka tangan-tangan mereka diatas mereka semua walaupun keatas anak-anak salah seorang daripada mereka.

Fasal 16; Sesungguhnya sesiapa dikalangan Yahudi yang mengikuti kami maka bagi mereka hak pertolongan dan persamaan tidak dizalimi dan tidak akan bertolong-menolong menentang mereka.

Pernyataan Dasar  Perjanjian Perdamaian.

Fasal 45:  Apabila orang-orang beriman di ajak berdamai bercampur dan bersekutu, mereka ( Yahudi) akan berdamai dan bersatu begitu juga sekiranya mereka ( Yahudi) diajak berdamai dan bersatu maka menjadi tanggungjawab orang-orang beriman menerimanya melainkan ke atas mereka yang berperang kerana agama.

Pernyataan Mengenai Sempadan Kerajaan .

Fasal 39 : Yathrib merupakan bumi selamat di dalamnya kepada ahli perjanjian ini.

Rasulullah saw telah menghantar beberapa orang sahabat untuk membina tanda sempadan Madinah.

Pernyataan Dasar Larangan Melakukan Perjanjian Secara Sendiri.

Fasal 17 : Bahawa perdamaian orang-orang yang beriman adalah satu. Seorang beriman tidak boleh membuat perdamaian tanpa mukmin yang lain dalam peperangan di jalan Allah, melainkan hendaklah diatas sama rata dan keadilan sesama mereka.

Penyataan Menganai Dasar Dan Hak-hak Kejiranan.

Fasal 40: Sesungguhnya jiran seperti diri sendiri tidak dimudarati dan tidak diinaya.

Dasar Takaful Dalam Melunaskan Hutang.

Fasal 12, 25 :  Tidak dibiarkan orang-orang yang beriman terbeban dengan hutang, melainkan tunaikanlah untuknya dan bantulah dia begitu juga Yahudi dengan Yahudi.

Dasar Berkaitan Keamanan Negara.

Fasal 24, 36. Mempertahankan Madinah merupakan tanggungjawab semua penduduk dan mereka yang tinggal dibuminya.


Jelas di sini bahawa piagam Madinah telah meletakkan asas yang penting kepada sesebuah kerajaan dengan menentukan kuasa perundangan, kuasa eksekutif dan kuasa kehakiman disamping menyatakan hak-hak dan tanggungjawab rakyat dan kerajaan.

Piagam Madinah merupakan asas sistem pemerintahan yang moden sebagaimana yang dilaksanakan pada hari ini. Walau bagaimanapun isi piagam Madinah adalah berasaskan keperluan semasa kerajaan Islam ketika itu tetrutamanya nas-nas perlembagaan yang berkaitan dengan umat Yahudi dan qabilah-qabilah yang lain. Namun begitu ianya tidak terkeluar daripada memperuntukan tiga kuasa penting sebagaimana yang dinyatakan tadi.
(Diambil dari salah satu blog,/laman web... syukran)

RAMADHAN BUKAN SEKADAR RUHIYAH TETAPI SIYASAH

Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.

Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.

"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)
Melalui al-Quran, maka Allah SWT menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.
Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya SAW.
Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.
Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan seluruh bumi umat Islam di dunia ini.
Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.
Semoga Ramadan tahun ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya.

Ustaz Abu Bakar Hussain

Sunday, 7 August 2011

BENTUK PERIBADI ISLAM MELALUI TADARRUS AL-QURAN

Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Islam menganjurkan umatnya agar bertadarus membaca al-Quran. Ia berdasarkan kepada apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dengan Jibril berdasarkan sebuah hadis yang maksudnya:
Daripada Ibn Abbas r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang sangat pemurah. Baginda sangat pemurah khususnya dalam bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya. Jibril menemuinya pada setiap malam dalam bulan Ramadhan lalu bertadarus al-Quran dengan baginda." (Hadis riwayat Bukhari).
Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
"Tidak berhimpun sesuatu kaum dalam sebuah rumah dari rumah-rumah Allah - mereka membaca kitab Allah dan bertadarus di antara mereka - melainkan turun kepada mereka ketenangan, diliputi dengan limpahan rahmat, dilingkungi oleh para malaikat dan dipuji oleh Allah Taala dalam kalangan (malaikat) yang ada disisinya." (Hadis riwayat Abi Daud).
Menurut Mohd Shamsul Haqqil 'Azim, penulis kitab Aunul Ma'bud, maksud tadarus dalam hadis di atas ialah berkongsi membaca al-Quran di antara satu sama lain.
Jelasnya, tadarus al-Quran adalah merupakan syiar yang diamalkan semenjak zaman awal Islam. Hasil daripada syiar inilah terbentuknya keperibadian Islam yang sebenarnya. Antara ciri-ciri keperibadian Islam adalah mempunyai akidah yang benar, ibadat yang betul, akhlak yang mulia, teratur dalam setiap urusannya, disiplin menggunakan waktu dan bermanfaat kepada orang lain.
Justeru, seseorang yang mempunyai keperibadian Islam tidak akan meninggalkan syiar tadarus ini. Ia adalah merupakan amalan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat bahkan diberikan kelebihan yang banyak oleh Allah SWT. Ketenangan dan limpahan rahmat daripada Allah hasil daripada tadarus ini menjadikan seseorang itu mempunyai keperibadian yang istimewa dan tersendiri berbanding dengan mereka yang tidak bertadarus.
Dengan bertadarus, seseorang akan lebih rapat dengan al-Quran. Ia menjadi temannya yang akrab, menunjukkan jalan yang lurus dan menegurnya jika melakukan kesalahan. Generasi para sabahat r.a. lahir daripada keakraban ini. Bermula dengan keruntuhan akhlak dan moral sehingga digelar hidup dalam masyarakat jahiliyyah akhirnya menjadi peribadi insan yang mulia yang digelar sebagai generasi al-Quran yang unik.
Pun begitu, bertadarus tanpa beramal dengan isi kandungan al-Quran merupakan satu penyakit yang wujud di kalangan umat Islam yang merosakkan keperibadian muslim. Mereka tidak menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.
Firman Allah yang maksudnya: Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku Sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan Yang ditinggalkan, tidak dipakai". (Al-Furqan: 30).
Sebagai contoh kesan daripada bertadarus al-Quran sebagaimana firman Allah s.w.t  di dalam surah al-Jumuah ayat 2 yang bermaksud: “Dialah yang mengutus seorang rasul kepada kaum yang buta huruf dari kalangan mereka sendiri,yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya,menyucikan ( jiwa ) mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah ( sunnah ),meskipun sebelumnya,mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata.”
Ayat ini menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. dalam keadaan ummi iaitu tidak tahu membaca dan menulis akhirnya apabila alQuran diturunkan nabi membaca dan mengajar kepada sahabat-sahabatnya maka kesan daripada tindakan itu lahir satu generasi seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman Bin Affan, Ali bin Abi Talib dan AbdurRahman bin Auf. Walaupun mereka itu pada zaman jahiliyah tergolong dalam golongan yang sesat.
Oleh kerana itulah tadarus al-Quran merupakan satu amalan yang dituntut untuk diamalkan oleh seluruh umat Islam khususnya para pendokong pejuang Islam supaya memahami tuntutan Islam itu melalui al-Quran itu sendiri.(Ditulis oleh Datuk Harun Taib)

RANCANGAN P&P SEM 3 PPISMP TESL JUN 2010

Minggu/ Tarikh
Topik/Tajuk
Jam Interaksi
(Seminggu)
Catatan
M1

20.06.11
-
24.06.11
AKHLAK:
Konsep akhlak dalam Islam
·         Pengertian/definisi akhlak
·         Konsep akhlak
·         Hubungan antara akhlak, aqidah dan ibadah
·         Perbezaan antara akhlak dan moral
·         Kepentingan akhlak dalam kehidupan

2 Jam ( Kuliah)


Pensyarah berkursus BTN di Pulau Pangkor.
M2

27.06.11
-
01.07.11
Ciri-ciri akhlak Muslim
·         Menjauhi perkara-perkara haram
·         Iffah (menjaga kehormatan diri)
·         Malu
·         Penyayang
·         Berbakti kepada kedua ibubapa
·         Menghargai  masa


2 Jam ( Kuliah)




M3

04.07.11
-
08.07.11
Sifat Mahmudah
·         Tekun/bersungguh-sungguh/komited
·         Syukur/berterimakasih
·         Benar dan jujur
·         Bersih dan suci
·         Berani kerana benar
·         Lemah lembut/bersopan santun

2 Jam ( Kuliah)


M4

11.07.11
-
15.07.11
Sifat-sifat Mazmumah
·         Dusta, berbohong
·         Khianat
·         Malas
·         Hasad dengki
·         Boros dan membazir
·         Ghibah/mengumpat
·         Dayus
2 Jam ( Kuliah)

Pensyarah berkursus Modul Praktikum di PLGDP Bandar Tenggara, Kulai, Johor.

M5

18.07.11
-
22.07.11

Cara-cara memupuk dan menghayati akhlak mulia
·         Meningkatkan ilmu dan keazaman
·         Membiasakan diri membuat kebaikan
·         Bergaul dengan orang yang beramal soleh
·         Istiqamah dalam beribadah
·         Bertaubat


1 Jam ( Kuliah)




M6

25.08.11
-
29.08.11
Adab-adab dalam Islam
·         Berkomunikasi
·         Berpakaian/penampilan diri
·         Pergaulan
·         Guru dan murid
·         Anak dan ibubapa


1 Jam ( Kuliah)



M7

01.08.11
-
05.08.11

Faktor-faktor yang merosakkan akhlak
·  Faktor dalaman: lemah iman, kurang ilmu, kurang daya tahan
·  Faktor luaran : Pengaruh rakan sebaya, persekitaran, media massa, kepincangan keluarga


2 Jam ( Kuliah)


01 Ogos (Isnin) – Cuti Awal Ramadhan
M8

08.08.11
-
12.08.11
Isu-isu keruntuhan akhlak dalam masyarakat
·  Seks bebas
·  Ketagihan arak, dadah, rokok
·  Lumba haram
·  Kecelaruan gendar/jantina
·  Pembunuhan/bunuh diri

2 Jam ( Kuliah)

Pensyarah mengikuti kursus Penggubalan Soalan pada 8-11 Ogos 2011.
M9

15.08.11
-
19.08.11
SIRAH RASULULLAH
Konsep Sirah
·         Kepentingan mempelajari sirah
Keadaan masyarakat jahiliyah dari segi sosial, ekonomi, politik dan akhlak

2 Jam ( Kuliah)


M10

22.08.11
-
26.08.11
Hijrah Rasulullah dan implikasinya
·         Faktor-faktor pendorong hijrah
·         Implikasi hijrah dari segi penyebaran Islam, kedaulatan politik, perpaduan ummah, perkembangan ilmu
2 Jam ( Kuliah)



M11

29.08.11
-
02.09.11


CUTI PERTENGAHAN SEMESTER


M12

05.09.11
-
09.09.11
Rasulullah membina tamadun ummah
·         Mengubah dan membina tamadun manusia
·         Menanam aqidah tauhid/rukun iman
·         Dakwah secara sulit, terang-terangan dan berterusan
1 Jam ( Kuliah)

M13

12.09.11
-
16.09.11

Pembentukan masyarakat Islam Madinah/strategi rasulullah saw
·         Pembinaan masjid
·         Persaudaraan
·         Penggubalan Sahifah madinah
·         Pengukuhan ekonomi
·         Pembudayaan ilmu
·         Pengukuhan pertahanan
·         Pengajaran hijrah dalam konteks semasa

1 Jam ( Kuliah)

16.09.11(Jumaat) - Cuti Hari Malaysia
M14

19.09.11
-
23.09.11
Ciri-ciri peribadi rasulullah saw
·         Sebagai hamba Allah
·         Sebagai pemimpin
·         Sebagai ketua keluarga
·         Sebagai pendidik/guru
1 Jam ( Kuliah)
Pelajar menghantar Kerja Kursus kepada pensyarah
(19-23 Sept 2011)
M15

26.09.11
-
30.09.11

Pengajaran daripada peperangan zaman Rasulullah saw
·         Tujuan peperangan
·         Prinsip dan adab peperangan
·         Refleksi dan pengajaran daripada peperangan Badar, Uhud, Hunain dan Khandak


1 Jam ( Kuliah)




Pensyarah menyemak Kerja Kursus pelajar
(26 Sept- 7 Okt 2011)
M16

03.10.11
-
07.10.11

Tokoh-tokoh pemikir Islam
·         Idris Al-Marbawi
·         Sheikh Daud Fatani
·         Tok kenali
·         Hassan Al-Banna
·         Iqbal
1 Jam ( Kuliah)


Pensyarah menyemak Kerja Kursus pelajar
(26 Sept- 7 Okt 2011)
M 17

10.10.11
-
14.10.11
MINGGU PENGUKUHAN / ULANGKAJI BERSEMUKA



Moderasi Kerja Kursus Pendek (KKP) (10-14 Okt 2011)
M 18

17.10.11
-
21.10.11

MINGGU PENGUKUHAN / ULANGKAJI BERSEMUKA
5 Jam
Pensyarah menghantar markah KKP ke UPP (17-28 Okt 2011)




M 19

24.10.11
-
28.10.11

CUTI PERTENGAHAN SEMESTER
26.10.11(Rabu)-Cuti Deepavali

M 20

31.10.11
-
04.11.11

MINGGU ULANGKAJI
M 21

07.11.11
-
11.11.11

PEPERIKSAAN AKHIR
06.11.11 (Ahad)-Hari Raya Haji
07.11.11(Isnin)- Cuti ganti Hari Raya Haji
M 22

14.11.11
-
18.11.11

PEPERIKSAAN AKHIR
M 22

19.11.11
-
03.01.12

CUTI SEMESTER

International Conference UTM KL