Sunday, 24 June 2012

PPG Sirah PIM3106

Tugasan PIM3106 untuk kelas PI3 dan PI4 - Perbincangan kumpulan dan pembentangan pada 28 Julai 2012. (Pembentangan dari empat kumpulan sahaja. Untuk 11 Ogos dan 1 Sept tajuk lain akan diberi dan kumpulan lain yang akan membentang)

1. Perbincangan konsep  sirah dalam Islam yang merangkumi:

-       Huraian berkaitan dengan definisi
-       Menyatakan persamaan/ perbezaan di antara sirah dan sejarah.
-       Pandangan tokoh sejarah terhadap penulisan sirah Rasulullah S.A.W.

2. Mencari maklumat secara berkumpulan berkaitan:
-       Tokoh-tokoh sejarah dan pandangan mereka terhadap sirah dan sejarah Islam.
-       kitab-kitab rujukan sirah dan sejarah Islam.
-     Mengkaji sejarah penulisan sirah dan sumber-sumbernya.
      -    Membuat perbandingan methodologi fiqh sirah Muhammad Said Ramadhan al-Buty dan Mustaffa al-Siba’i

3. Bengkel / Analisiskan:
-       konsep sirah dalam  sukatan pelajaran Pendidikan Islam  sekolah rendah.
-       kepentingan sirah kepada individu,  masyarakat  dan negara.

4. Perbincangan dan sumbang saran mengenai kesan sirah:  dalam kehidupan seharian.
-       pada individu
-       Keluarga
      -     masyarakat
      -     Aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Thursday, 21 June 2012

Thursday, 19 April 2012

PPG KOHORT 2 (INTERAKSI ke 4 dan ke 5 - 21 dan 28 APRIL 2012)

Assalamualaikum semua pelajar PPG Kohort 2 PIM 3101(Interaksi 21 April 2012)

  1. Sila baca dan bawa modul 7 dan 8 untuk perbincangan selepas pembentangan esok
  2. Modul 9 dan 10 untuk interaksi terakhir nanti (28 April 2012).
Terimakasih.

Sunday, 8 April 2012

PPG KOHORT 2 (INTERAKSI ke 4 dan ke 5 - 21 dan 28 APRIL 2012)

Assalamualaikum wmb.

  1. Semua pelajar PPG PA Kohort 2, anda dikehendaki membentangkan jawapan soalan 2 kertas projek yang telah diberi pada interaksi keempat dan kelima pada 28 April 2012. Sila emailkan tugasan yang telah lengkap kepada sofiahmohamed@yahoo.com.my.
  2. Tajuk yang akan dipelajari pada interaksi ke 4 dan ke 5 ialah :-
  • Konsep Pendidikan Islam j-QAF.
  • Huraian kepada pengenalan dan konsep Pendidikan Islam j-Qaf melibatkan :          Pengenalan,   Objektif ,    Matlamat,     Kandungan,    Kurikulum dan Pelaksanaan
  • Model-model Program j-QAF dari segi konsep, objektif, matlamat dan kepentingan
  • Kem Bestari Solat , pemulihan jawi , Bahasa Arab Komunikasi dan cara perlaksanaan Model Enam Bulan Khatam Al-Quran.
  • Perbincangan mengenai kekuatan dan kelemahan setiap model.

Wednesday, 21 March 2012

TUGASAN PPG KOHORT 2 (31 MAC 2012)

Assalamualaikum semua,maaf kita belum berkesempatan berjumpa lagi. Di sini ustazah sertakan tugasan untuk perbincangan dua minggu lagi iaitu 31 Mac 2012.

Secara berkumpulan (5 atau 6 kumpulan) sila bincang, hurai dan analisis tajuk-tajuk berikut. Kesemuanya perlu disiapkan dalam bentuk power point serta dibentangkan di hadapan kelas pada 31 Mac. Setiap kumpulan di beri masa pembentangan 15 minit sahaja.

  1. Dapatkan sukatan pelajaran Pendidikan Islam KBSR (tahun 3 hingga 4) dan buat rumusan secara analitik (bersifat analisis) berkaitan falsafah dan kandungan sukatan.(tugasan untuk 4 kumpulan)
  2. Cari bahan-bahan yang berkaitan dengan penggunaan dan keberkesanan Buku Teks, Buku Panduan Guru dan Sukatan Pelajaran serta jelaskan konsep, penggunaan serta keberkesanan ketiga-tiga dokumen tersebut.(tugasan untuk 1 kumpulan)
  3. Analisis kandungan buku teks dan buku panduan guru. (untuk 1 kumpulan)

Sunday, 11 March 2012

TUGASAN JQAF PENDIDIKAN ISLAM (MAJOR)

Guru-guru Pendidikan Islam biasanya menjadi role model kepada masyarakat terutama warga sekolah. Guru-guru berperanan penting memberi didikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Islam. Justeru guru-guru perlu memahami konsep dan matlamat Pendidikan Islam mengikut Al-Quran dan Al-Sunnah.

Berdasarkan penyataan di atas anda dikehendaki:

  1. Menghuraikan konsep, matlamat dan Falsafah Pendidikan Islam dan sila jelaskan realiti yang berlaku pada diri anda.
  2. Memilih dua orang tokoh Pendidikan Islam, dengan merujuk kepada kedua-dua tokoh tersebut, huraikan ciri-ciri penting yang perlu ada pada diri seorang guru yang cemerlang.
  3. Menganalisis prinsip-prinsip asas pengajaran dan pebelajaran Pendidikan Islam.
Arahan tugasan:
  • Tugasan dilasanakan secara berkumpulan 3-4 orang
  • Tugasan satu perlu disediakan dalam bentuk power point / grafik
  • Tugasan dua dan tiga ditulis dengan penulisan fond Arial 12 double spacing.
  • Tugasan perlu dibentangkan di hadapan kelas.
  • Refleksi perlu ditulis secara individu.
  • Setiap sumber rujukan perlu dinyatakan secara jelas.

    Thursday, 8 March 2012

    Tugasan PIM3104 untuk 10 Mac 2012

    Assalamualaikum pelajar yang dihormati semua. setelah meneliti email tugasan yang dihantar didapati belum mencapai standard yang dikehendaki. Antum dikehendaki :
    1. Menganalisis Huraian Sukatan Pelajaran Aqidah tahun 1-6
    2. Memahami dan mendalami  Isi Kandungan Aqidah tahun 1-6
    3. Menghuraikan tajuk, isi pelajaran dan aktiviti tahun 1-6 untuk difahami dan dirancang dalam pengajaran dan pembelajaran.
    4. Pemilihan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk  p&p Aqidah sekolah rendah.

    International Conference UTM KL