Monday 21 March 2016

Diam lebih baik jika berkata menyakiti

Assalamualaikum wmb. Lama tidak menulis di sini. Banyak perkara boleh diceritakan namun kesempatan sangat terhad. Senario politik negara yang bercelaru dan suasana masyarakat yang terkeliru membuatkan ummi lebih suka berdiam diri. Berdiam diri lebih baik agar selamat dari segalanya. Jika bercakap bimbang tersalah, jika berkata bimbang menghukum, jika bersuara bimbang disalah erti. Di zaman fitnah ini golongan baik kelihatan jahat, golongan fasik dinampakkan baik. Ummi tidak berani menghukum sesiapa kerana sebaik-baik memberi hukuman adalah Allah SWT. Dalam pada diam kita perlu baiki diri dan usaha berdakwah kepada masyarakat dengan pelbagai cara. Ada ketikanya perkataan tidak memberi kesan tetapi akhlak mulia yang menarik perhatian. Wallahua'lam.

International Conference UTM KL