Tuesday 6 November 2012

Assalamualaikum pelajar-pelajar J-Qaf 2012 PA3 dan PK, Ustazah akan mengajar antum mulai 23 Nov 2012. Jadual yang ada di Portal IPGKPM telah ditukar suka sama suka dengan pensyarah lain mengikut keperluan semasa. KU unit boleh hubungi ustazah untuk keterangan lanjut. Terimakasih.

Thursday 16 August 2012

PIM3106 untuk interaksi 22 September 2012

  1. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sirah tahun 3
  2. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sirah tahun 4
  3. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sirah tahun 5
    Pembentangan dan penilaian RPH.
  4. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sirah tahun 6 Pembentangan dan penilaian RPH.
  5. Mengaplikasikan bahan-bahan pengajaran sirah tahun 6
  6. Penjelasan pembinaan format refleksi
  7. Refleksi pengajaran

PIM3106 Sirah PPG Unit 3 dan 4 pada 1 September 2012

Perbincangan :
  1. Perbincangan dan bengkel dalam kumpulan berkaitan dengan pendekatan, kaedah dan teknik yang bersesuaian dengan mata pelajaran sirah tahap 1 (Tahun 1 hingga 3)
  2. Bengkel : Menjelaskan tentang kaedah pemulihan, pengayaan dan pengukuhan mata pelajaran sirah.
    Perbincangan dan bengkel dalam kumpulan berkaitan dengan pendekatan, kaedah dan teknik yang bersesuaian dengan mata pelajaran sirah tahap 2 (Tahun 4 hingga 6).
  3. Pembentangan hasil bengkel Rancangan Semester dan Mingguan.
    Pembentangan Rancangan Harian.
    Perbincangan RPH yang dibentangkan.
    Refleksi penambah-baikan
  4. Permurnian RPH untuk pengajaran makro
    Pelaksanaan pengajaran dan Pembelajaran Sirah tahun 1-2
    Refleksi penambah-baikan

Wednesday 15 August 2012

Soalan Kerja Kursus PIM3106

         

Pendidikan sirah merupakan salah satu daripada bidang Pendidikan Islam KBSR. Tujuan utama P&P Sirah antara lain cuba menanamkan dalam jiwa pelajar perasaan / keinginan untuk menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai ikutan yang diagungkan.



Berdasarkan pernyataan di atas

1.  Secara kumpulan (2-3 orang) anda dikehendaki menjelaskan kepentingan Sirah terhadap individu, masyarakat dan negara dalam bentuk grafik. (15%)

2.   Cerakinkan tajuk-tajuk Sirah tahun 4 berserta huraiannya bersama ahli kumpulan anda. (10%).

3.  Secara individu, anda dikehendaki membina RPH bagi satu  tajuk sirah tahun 4 dan melaksanakannya di dalam kelas. (30%)

4.  Rekodkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang telah dilaksanakan kemudian kenal pasti kekuatan dan kelemahan P&P tersebut dalam bentuk pelaporan. (40%)

5.   Secara individu anda dikehendaki menulis refleksi berhubung dengan tugasan di atas. (5%)

Monday 6 August 2012

Tugasan kumpulan 11 Ogos 2012 PIM3106 (Kelas PIM3 dan 4)

1. Mengklasifikasi definisi   pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran sirah.
    Perbincangan dan bengkel dalam kumpulan berkaitan dengan pendekatan, kaedah dan teknik yang bersesuaian   
     dengan mata pelajaran sirah tahap 1 (Tahun 1 hingga 3).
     Mengkaji dan mengumpul sumber-sumber relevan yang boleh dijadikan  bahan dalam melaksanakan kaedah    
     pengajaran dan pembelajaran sirah.

2. Bengkel : Menjelaskan tentang kaedah pemulihan, pengayaan dan pengukuhan mata pelajaran sirah.

3. Perbincangan dan bengkel dalam kumpulan berkaitan dengan pendekatan, kaedah dan teknik yang bersesuaian
    dengan mata pelajaran sirah tahap 2 (Tahun 4 hingga 6).
    Mendapatkan sumber yang boleh dijadikan bahan dalam melaksanakan kaedah pengajaran

4. Pembentangan hasil bengkel Rancangan Semester dan Mingguan.

5. Pembentangan Rancangan Harian.
    Perbincangan RPH yang dibentangkan.
   Refleksi penambah-baikan
   Merangka dan membina Rancangan Semester dan Mingguan.









    

Friday 27 July 2012

PIM3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah

Tugasan dan perbincangan pada 28 Julai 2012

  1. Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Sirah dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Renah Tahun 1-6 (cerakin tajuk) Perincian isi kandungan tahun 1-6
  2. Membuat analisis berdasarkansukatan pelajaran sirah
  3. Mengenalpasti dan membezakan tajuk-tajuk dalam pelajaran sirah
  4. Menterjemah isi kandungan sirah dalam sukatan pelajaran
  5. Merumuskan pengajaran yang dapat diteladani dar pelajaran sirah tahun 1-6
  6. Memperincikan isi kandungan hasil huraian sukatan pelajaran sirah tahun 1-6
  7. Medapatkan maklumat terperinci mengenai:
  • isi-isi daripada tajuk berkaitan
  • strategi, kaedah dan teknik pegajaran yang bersesuaian

Sunday 24 June 2012

PPG Sirah PIM3106

Tugasan PIM3106 untuk kelas PI3 dan PI4 - Perbincangan kumpulan dan pembentangan pada 28 Julai 2012. (Pembentangan dari empat kumpulan sahaja. Untuk 11 Ogos dan 1 Sept tajuk lain akan diberi dan kumpulan lain yang akan membentang)

1. Perbincangan konsep  sirah dalam Islam yang merangkumi:

-       Huraian berkaitan dengan definisi
-       Menyatakan persamaan/ perbezaan di antara sirah dan sejarah.
-       Pandangan tokoh sejarah terhadap penulisan sirah Rasulullah S.A.W.

2. Mencari maklumat secara berkumpulan berkaitan:
-       Tokoh-tokoh sejarah dan pandangan mereka terhadap sirah dan sejarah Islam.
-       kitab-kitab rujukan sirah dan sejarah Islam.
-     Mengkaji sejarah penulisan sirah dan sumber-sumbernya.
      -    Membuat perbandingan methodologi fiqh sirah Muhammad Said Ramadhan al-Buty dan Mustaffa al-Siba’i

3. Bengkel / Analisiskan:
-       konsep sirah dalam  sukatan pelajaran Pendidikan Islam  sekolah rendah.
-       kepentingan sirah kepada individu,  masyarakat  dan negara.

4. Perbincangan dan sumbang saran mengenai kesan sirah:  dalam kehidupan seharian.
-       pada individu
-       Keluarga
      -     masyarakat
      -     Aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Thursday 21 June 2012

Thursday 19 April 2012

PPG KOHORT 2 (INTERAKSI ke 4 dan ke 5 - 21 dan 28 APRIL 2012)

Assalamualaikum semua pelajar PPG Kohort 2 PIM 3101(Interaksi 21 April 2012)

  1. Sila baca dan bawa modul 7 dan 8 untuk perbincangan selepas pembentangan esok
  2. Modul 9 dan 10 untuk interaksi terakhir nanti (28 April 2012).
Terimakasih.

Sunday 8 April 2012

PPG KOHORT 2 (INTERAKSI ke 4 dan ke 5 - 21 dan 28 APRIL 2012)

Assalamualaikum wmb.

  1. Semua pelajar PPG PA Kohort 2, anda dikehendaki membentangkan jawapan soalan 2 kertas projek yang telah diberi pada interaksi keempat dan kelima pada 28 April 2012. Sila emailkan tugasan yang telah lengkap kepada sofiahmohamed@yahoo.com.my.
  2. Tajuk yang akan dipelajari pada interaksi ke 4 dan ke 5 ialah :-
  • Konsep Pendidikan Islam j-QAF.
  • Huraian kepada pengenalan dan konsep Pendidikan Islam j-Qaf melibatkan :          Pengenalan,   Objektif ,    Matlamat,     Kandungan,    Kurikulum dan Pelaksanaan
  • Model-model Program j-QAF dari segi konsep, objektif, matlamat dan kepentingan
  • Kem Bestari Solat , pemulihan jawi , Bahasa Arab Komunikasi dan cara perlaksanaan Model Enam Bulan Khatam Al-Quran.
  • Perbincangan mengenai kekuatan dan kelemahan setiap model.

Wednesday 21 March 2012

TUGASAN PPG KOHORT 2 (31 MAC 2012)

Assalamualaikum semua,maaf kita belum berkesempatan berjumpa lagi. Di sini ustazah sertakan tugasan untuk perbincangan dua minggu lagi iaitu 31 Mac 2012.

Secara berkumpulan (5 atau 6 kumpulan) sila bincang, hurai dan analisis tajuk-tajuk berikut. Kesemuanya perlu disiapkan dalam bentuk power point serta dibentangkan di hadapan kelas pada 31 Mac. Setiap kumpulan di beri masa pembentangan 15 minit sahaja.

  1. Dapatkan sukatan pelajaran Pendidikan Islam KBSR (tahun 3 hingga 4) dan buat rumusan secara analitik (bersifat analisis) berkaitan falsafah dan kandungan sukatan.(tugasan untuk 4 kumpulan)
  2. Cari bahan-bahan yang berkaitan dengan penggunaan dan keberkesanan Buku Teks, Buku Panduan Guru dan Sukatan Pelajaran serta jelaskan konsep, penggunaan serta keberkesanan ketiga-tiga dokumen tersebut.(tugasan untuk 1 kumpulan)
  3. Analisis kandungan buku teks dan buku panduan guru. (untuk 1 kumpulan)

Sunday 11 March 2012

TUGASAN JQAF PENDIDIKAN ISLAM (MAJOR)

Guru-guru Pendidikan Islam biasanya menjadi role model kepada masyarakat terutama warga sekolah. Guru-guru berperanan penting memberi didikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Islam. Justeru guru-guru perlu memahami konsep dan matlamat Pendidikan Islam mengikut Al-Quran dan Al-Sunnah.

Berdasarkan penyataan di atas anda dikehendaki:

  1. Menghuraikan konsep, matlamat dan Falsafah Pendidikan Islam dan sila jelaskan realiti yang berlaku pada diri anda.
  2. Memilih dua orang tokoh Pendidikan Islam, dengan merujuk kepada kedua-dua tokoh tersebut, huraikan ciri-ciri penting yang perlu ada pada diri seorang guru yang cemerlang.
  3. Menganalisis prinsip-prinsip asas pengajaran dan pebelajaran Pendidikan Islam.
Arahan tugasan:
  • Tugasan dilasanakan secara berkumpulan 3-4 orang
  • Tugasan satu perlu disediakan dalam bentuk power point / grafik
  • Tugasan dua dan tiga ditulis dengan penulisan fond Arial 12 double spacing.
  • Tugasan perlu dibentangkan di hadapan kelas.
  • Refleksi perlu ditulis secara individu.
  • Setiap sumber rujukan perlu dinyatakan secara jelas.

    Thursday 8 March 2012

    Tugasan PIM3104 untuk 10 Mac 2012

    Assalamualaikum pelajar yang dihormati semua. setelah meneliti email tugasan yang dihantar didapati belum mencapai standard yang dikehendaki. Antum dikehendaki :
    1. Menganalisis Huraian Sukatan Pelajaran Aqidah tahun 1-6
    2. Memahami dan mendalami  Isi Kandungan Aqidah tahun 1-6
    3. Menghuraikan tajuk, isi pelajaran dan aktiviti tahun 1-6 untuk difahami dan dirancang dalam pengajaran dan pembelajaran.
    4. Pemilihan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk  p&p Aqidah sekolah rendah.

    Wednesday 8 February 2012

    PIM3104 INTERAKSI KEEMPAT

    INTERAKSI KEEMPAT

    Aplikasi Strategi P&P Aqidah Tahun 1-6            

    Secara berpasangan, anda diberi masa 10 minit sahaja untuk membentangkan hasil dari RPH yang telah disediakan:-
    1. Memilih dan menganalisis huraian sukatan pelajaran aqidah bagi mana-mana tahun pembelajaran di sekolah rendah.
    2. Memilih satu topik mata pelajaran aqidah tentang beriman kepada Allah
    3. Mengenalpasti strategi, kaedah dan teknik yang sesuai dan berkesan untuk pengajaran tajuk berkenaan
    4. Mengaplikasi strategi, kaedah, teknik yang sesuai dan menarik dalam penyediaan rancangan P&P harian tajuk berkenaan
    5. melaksanakan P&P yang dirancang dalam bilik darjah
    6. Membuat refleksi terhadap tugasan yang telah dilaksanakan

    Wednesday 18 January 2012

    PIM3104 PENDIDIKAN AQIDAH SEKOLAH RENDAH (INTERAKSI KETIGA)

    INTERAKSI KETIGA 10 MAC 2012

    (SILA BAWA BUKU TEKS, HURAIAN SUKATAN PELAJARAN, BUKU PANDUAN GURU. BAHAGIKAN KEPADA ENAM KUMPULAN, SETIAP KUMPULAN MEMBINCANGKAN DAN MEMBENTANGKAN MENGIKUT TAHUN) 

    Cerakin dan perincian Tajuk Tahun 1-6 ( Meneliti huraian sukatan  ):


    ·       Mendalami isi-isi pelajaran Aqidah tahun 1-6
    -     Menghuraikan tajuk, isi pelajaran dan aktiviti tahun 1 - 6 untuk difahami dan dirancang dalam pengajaran dan pembelajaran.

    PIM3104 PENDIDIKAN AQIDAH SEKOLAH RENDAH

    PELAJAR PPG SEM 2

    PENDIDIKAN AQIDAH SEKOLAH RENDAH PIM3104

    Tajuk interaksi kedua pada 18 Feb 2012

    (Bahagikan kepada enam kumpulan untuk satu tajuk setiap kumpulan. Sila bersedia dengan bahan-bahan dan buku rujukan setiap kali interaksi untuk perbincangan dan pembentangan):
     
    1. Konsep Syahadatain 

    2- Konsep Rukun Iman
    ·      pengertian iman
    ·      menghuraikan Rukun Iman
    ·      Implikasi   beriman kepada Rukun Iman

    ·   Sesi muhasabah tentang aktviti-aktiviti peningkatan Iman di kalangan pelajar-pelajar 
    3-Konsep Rukun Islam
    ·          Pengertian Islam dan dalil
    ·          Huraian Rukun Islam satu persatu
    ·          Implikasi beriman kepada Rukun Islam

    4-Sifat-sifat dan nama-nama Allah (Tauhid Asma’ Wassifat)

    5- Konsep Dosa dan pahala
    6-  Perkara –perkara Samiyyat


    International Conference UTM KL