Wednesday, 26 February 2014
Permulaan perjalanan PhD ku
Perjalanan PhD ku...sangat menguji bukan sahaja untukku, tempias juga buat suami dan anak-anak.
Bermula dengan pendaftaranku di UTM pada 28 Ogos 2013, maka berulangaliklah kami sekeluarga dari Melaka ke Johor Bahru. Setiap Isnin akan ke Johor Bahru bersama sahabat dari Putrajaya dan pada Hari Khamis balik ke Melaka. Ada ketikanya weekend suami dan anak-anak ke JB. Ketika ini menumpang di rumah adik suami. Selama dua bulan berulang alik meninggalkan anak-anak yang masih bersekolah di Melaka. Badan terasa penat dan anak-anak kurang terurus. Mereka menghadapi peperiksaan akhir tahun tahun 1 (abang) dan adik menghadapi peperiksaan akhir tahun bagi murid yang berusia 6 tahun di PASTI. Namun pertolongan Allah SWT tidak pernah hilang, abang dan adik mendapat keputusan yang sangat baik, alhamdulillah...bersambung...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
PIAGAM MADINAH PIAGAM PERTAMA YANG DITULIS DALAM SEJARAH DUNIA MAKSUD PIAGAM MADINAH · Perlembagaan yang ditulis dan dipersetujui ber...
-
Assalamualaikum kepada semua pelajar PPG PA Jun 2011. Peperiksaan akan dilaksanakan pada 29 dan 30 Oktober, justeru untuk persediaan, dihara...
-
Hari ni seperti biasa menyediakan bekalan untuk anak-anak ke sekolah termasuk anak saudara Mohd Zaid Hasif. Abi, ummi dan adik-adiknya ke Ku...
No comments:
Post a Comment