Tuesday, 4 February 2014
Anak saudara seperti anak sendiri
Hari ni ummi tidak ke UTM kerana tiada sahabat yang dapat bersama. Masing-masing ada tugasan keluarga.
Pagi seperti biasa menyediakan sarapan dan bekalan anak-anak ke sekolah. Sarapan roti canai telur dan bekal nasi goreng. Pagi ni adik dan abang bangun awal seperti biasa cuma setelah memakai kain sekolah, kain adik didapati meleret ke lantai, katanya adik tak suka kain naik atas pinggang. Ummi hanya tolong lipatkan kain tersebut di pinggang supaya kain adik tidak terlalu labuh.
Setelah anak-anak ke sekolah dengan dihantar oleh abi, ummi mengemas rumah. Setelah selesai ummi mula duduk depan komputer untuk menyiapkan kajian. Tiba-tiba dapat mesej bergambar anak saudara Mohd Ayman Zhafran yang terlentang di katil hospital. Allhurabbi, ummi hampir menitiskan air mata terlalu sebak melihat kanak-kanak tiga tahun yang tidak berdosa menghadapi kesakitan. Ummi hanya mampu berdoa dan membalas mesej " Syafakallah Ayman, moga Ayman kuat, Allah yang memberi kita sakit, padaNya jua kita mohon kesembuhan. Fasobran jameela ummi dan abinya." Abi Ayman adalah adik ummi yang keenam.
Ummi terasa perit dan sebak kerana anak saudara adalah darah daging dan seperti anak sendiri. Apapun ummi meneruskan penulisan. Ummi ucap berkali-kali وَٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ وَإِنَّہَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلۡخَـٰشِعِينَ (٤٥) Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (45) (Al-Baqarah : 45, 2:45), يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ (١٥٣)Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. (153)(Al-Baqarah 2:153).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
PIAGAM MADINAH PIAGAM PERTAMA YANG DITULIS DALAM SEJARAH DUNIA MAKSUD PIAGAM MADINAH · Perlembagaan yang ditulis dan dipersetujui ber...
-
Assalamualaikum kepada semua pelajar PPG PA Jun 2011. Peperiksaan akan dilaksanakan pada 29 dan 30 Oktober, justeru untuk persediaan, dihara...
-
Hari ni seperti biasa menyediakan bekalan untuk anak-anak ke sekolah termasuk anak saudara Mohd Zaid Hasif. Abi, ummi dan adik-adiknya ke Ku...
No comments:
Post a Comment