Sunday 9 February 2014
Tahniah anak-anakku
Hari ni sebelum memulakan untuk meneruskan penulisan proposal, ummi menaip dahulu nota untuk ditampalkan di bilik anak-anak yang akan dibaca oleh mereka bila balik sekolah pukul 4.45 petang nanti.
Assalamualaikum WMB
Anak-anak kesayangan ummi, aset dunia akhirat ummi.
Tahniah hari ni abang Mujahid :
1. Bangun awal
2. Bersahur dan niat berpuasa sunat
3. Mandi, gosok gigi
4. Solat Subuh
5. Bersiap dengan tenang
6. Mengemas katil
Tahniah hari ni adik Khadeejah :
1. Bangun dengan tenang
2. Menggosok gigi dan mandi
3. Bersiap pakai pakaian sendiri
Ummi bersyukur dikurniakan anak-anak soleh dan solehah. Ummi sayang abang dan adik. Catatan 10 Februari 2014
Nota ini bertujuan:
1. Anak-anak dapat muhasbah diri
2. Anak-anak memahami kasih sayang seorang ibu
3. Anak-anak menjadi hamba Allah yang sentiasa mentaati perintahNya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Perjalanan PhD ku ...sangat menguji bukan sahaja untukku, tempias juga buat suami dan anak-anak. Bermula dengan pendaftaranku di UTM pada ...
-
Assalamualaikum kepada semua pelajar PPG PA Jun 2011. Peperiksaan akan dilaksanakan pada 29 dan 30 Oktober, justeru untuk persediaan, dihara...
-
SIFAT MAHMUDAH Sabar Syukur Khauf (takutkan kemurkaan Allah) Roja (mengharapkan keredhaan Al...
No comments:
Post a Comment