Saturday, 8 February 2014
Tabir Hikmah - Ustazah Norhafizah, IKIM 9 pagi (9 Februari 2014 - siaran ulangan)
Sheikh Ammar Bugis lumpuh sejak berusia 2 bulan tetapi terlalu bersyukur atas nikmat kurniaan Allah SWT antaranya telah hafaz 30 juzuk al-Quran ketika berusia 13 tahun. Alhamdulillah ala kulli haalin wafi kulli haalin - syukur sakit.
Bila kita dengar kritikan / penghinaan, banyak tabir hikmah yang Allah kurniakan kepada kita. Untuk menyingkap tabir hikmah / pengajaran/ yang tersurat dari yang tersirat sangat memerlukan hati yang bersih,perlu ada ilmu (tauhid, akhlak, tazkiyatunnafsi)yakin, puas dengan apa shj taqdir atas kita...anak kecik ladang pahala, suami ladang pahala...kita rasa puas hati dengan Allah Tuhan yang Maha Bijaksana atas segala yang berlaku dalam hidup kita, berhenti sekejap untuk berfikir.
Berlaku masalah hubungan dengan suami isteri, renung sekejap matlamat perkahwinan, kasih sayang kerana apa? kerana Allah azzawajalla. Kalau bersalaman dengan suami, jadikan moment (masa) bersalam dengan ungkapan kata-kata..."saya sayangkan abang kerana Allah SWT". Kata-kata ini boleh keluar dari seseorang yang seluruh kehidupannya menterjemah untuk mencari redha Allah SWT...
Contoh:
Kita dikurniakan anak-anak, ada anak-anak yang cemerlang (terang hati),ada anak yang kita kena berusaha keras tapi tak bawa juga result peperiksaan yang baik. Begitu juga dengan al-Quran, tidak semua Allah kurniakan dengan jalan mudah, kekadang dapat anak yang lambat, susah nak ajar, struggle sebagai ibu. Dapat hikmah yang sangat besar...syukur Ya Allah Engkau dewasakan, matangkan aku dengan ini. Bila dikurniakan anak yang lambat, emak akan baca doa setengah jam sebelum mengajar mengaji, "Ya Allah saya mengharapkan sangat pertolonganMu ya Allah...), kita akan lebih memaknai, menikmati, bersungguh-sungguh...
Jika ada orang memuji anak kita.."Kita tak akan kata tengoklah siapa mak dia...Arrahman allamal quran...lalu merintih Ya Allah jadikan anakku faham quran, ahlul quran.
Berkahwin perkongsian hidup...satu platform mendekatkan diri kepada Allah...yakin dengan Allah...
Doa lima kemuliaan minggu hadapan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
PIAGAM MADINAH PIAGAM PERTAMA YANG DITULIS DALAM SEJARAH DUNIA MAKSUD PIAGAM MADINAH · Perlembagaan yang ditulis dan dipersetujui ber...
-
Assalamualaikum kepada semua pelajar PPG PA Jun 2011. Peperiksaan akan dilaksanakan pada 29 dan 30 Oktober, justeru untuk persediaan, dihara...
-
Hari ni seperti biasa menyediakan bekalan untuk anak-anak ke sekolah termasuk anak saudara Mohd Zaid Hasif. Abi, ummi dan adik-adiknya ke Ku...
No comments:
Post a Comment