Saturday 8 February 2014

Pelbagai kisah suka duka keinsafan

Assalamualaikum W.M.B Setiap hujung minggu ummi akan menutup komputer untuk memberi peluang masa yang berharga selama dua hari bersama keluarga. Suami dan anak-anak amanah dan kurniaan Allah S.W.T yang tiada ternilai, mereka aset untu dunia dan akhirat. Allahuakbar. Teringat tentang dosa-dosa yang terlalu banyak. Ya Allah hambaMu ini sentiasa memohon rahmatMu dan mati dalam khusnul Khatimah berbekalkan sedikit kebaikan yang dilakukan. Kekadang kita rasakan seperti tiada dosa tetapi rupanya ramai orang disekeliling yang kita sakiti perasaan mereka tanpa langsung kita perasan. MasyaAllah. Mohon keampunan Allah S.W.T. Khamis malam ummi dan suami telah menghadiri usrah gabungan dan menghantar anak-anak ke rumah adik untuk mereka tumpang sementara. Indahnya berukhuwwah dan manisnya dapat mendengar taujihat dari Ustaz. Jumaat petang ummi mengikuti majlis ilmu yang dikhususkan untuk muslimat sahaja. Subhanallah hebatnya ilmuMu. Sedikit sahaja ilmu yang dapat dikutip dari ustaz tapi terasa manis dan hebatnya makanan rohani ini. Tambah manis bila berjumpa dengan sahabat-sahabat sejemaah. Ya Allah betapa banyaknya nikmatMu kepada kami hambaMu yang haqir walfaqir ini. Banyaknya kurniaanMu dengan hikmah penghijrahan ilmu kami dari Melaka ke Johor Bahru ini. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

International Conference UTM KL