RINGKASAN DARI TAZKIRAH YANG DISAMPAIKAN DI DEWAN SERI MELUR SEM 1/2011
1. Hukum asal
Mubah
هو الذي خلق لكم ما في الأرض جميعا (البقرة : 29)
Dia yang menciptakan buat kamu segala yang ada di atas muka bumi ini semuanya.”
وسخر لكم ما في السموات وما في الأرض جميعا منه (الجاثية :13)
“Dan dialah yang memudahkan buat kamu apa yang ada dilangit dan apa yang ada di bumi, yang semua daripadanya.”
Pengharaman sebahagian perkara adalah mempunyai sebab dan hikmatnya.
Ruang lingkup pengharaman sangat kecil tetapi ruang lingkup halal yang sangat luas.
Perkara harus (barangan, perbuatan tidak termasuk perkara ibadah)
Ibadah perintah agama yang harus dipelihara dan telah ditetapkan melalui wahyu
من أحدث في أمرنا ما ليس منه فهو رد (متفق عليه)
“Sesiapa yang membuat sesuatu cara baru dalam urusan kami, yang tidak ada asalnya, maka ia adalah tertolak”
PENJELASAN
Harus jual beli, sewa menyewa, makan minum,pakaian selagi tiada hukum yang mengharamkan walaupun ada hukum makruh (perkara yang dibenci) dan sunat (perkara yang disukai, digalakkan).
Contoh perkara makruh
Contoh perkara sunat
2. PENGHALALAN DAN PENGHARAMAN ADALAH HAK ALLAH SWT
ولا تقولوا لما تصف ألسنتكم الكذب هذا حلال وهذا حرام لتفتروا على الله الكذب, إن الذين يفترون على الله الكذب لا يفلحون. (النحل : 116)
Janganlah kamu berani mengatakan apa yang disebutkanoleh lidah-lidah kamu secara dusta, bahawa yang ini adalah halal dan yang ini pula adalah haram, agar kamu berkata dusta atas nama Allah. Sesungguhnya orang-orang yang berkata dusta atas nama Allah tidak akan memperoleh kemenangan.
Para fuqaha telah mengenalpasti secara yakin bahawa Allah swt sahajalah yang mempunyai hak untuk menentukan mana yang halal dan mana yang haram.
3. MENGHARAMKAN YANG HALAL DAN MENGHALALKAN YANG HARAM
Perbuatan yang boleh disamakan dengan syirik.
اني خلقت عبادي حنفاء, وإنهم أتتهم الشياطين فاجتالتهم عن دينهم, وحرمت عليهم ما أحللت لهم وأمرتهم أن يشركوا بي ما لم أنزل به سلطانا. (رواه مسلم)
“Aku telah menciptakan hamba-hambaKu itu dalam keadaan bersikap lurus dan sesungguhnya mereka telah didatangi syaitan2, lalu membengkokkan mereka dari agama mereka dan mengharamkan ke atas mereka apa yang aku halalkan bagi mereka serta menyuruh mereka supaya menyekutukan Aku dengan sesuatu yang Aku tidak turunkan keterangan padanya.” (Riwayat Muslim).
4. PENGHARAMAN SESUAI DENGAN BURUK DAN BAHAYA SESUATU PERKARA
Adalah hak Allah untuk menghalalkan kepada hamba-hambaNya dan untuk mengharamkan ke atas mereka mengikut kehendakNya.
Allah yang menciptakan manusia dan memberi bermacam-macam nikmat yang tidak terhingga banyaknya.
Jadi wajarlah manusia itu memperhambakan diri kpdnya dgn menunaikan semua tugas-tugas dan upacara-upacara sesuai dgn perintahNya (hlm. 41)
Tidak bolehlah mereka membuat maksiat terhadapNya dan melanggar perintahNya.
Dalam Islam setiap pengharaman itu mestilah ada kaitannya dgn keburukan dan bahaya.
يسئلونك عن الخمر والميسر, قل فيهما إثم كبير ومنافع للناس, وإثمهما أكبر من نفعهما (البقرة:219)
Mereka menanyakanmu tentang hukum arak dan judi, maka katakanlah! Keduanya dosa yang besar dan ada juga manfaatnya kepada manusia, tetapi dosa keduanya itu adalah lebih besar daripada manfaat keduanya.
Perkara halal adalah semua barangan dan perbuatan yang baik dan bagus oleh jiwa yang normal
يسئلونك ماذا أحل لهم قل أحل لكم الطيبات (المائده :4)
Mereka menanyakanmu apa yang dihalalkan untuk mereka? Katakanlah! Dihalal untuk kamu semua yang baik-baik (dari rezeki).
5. TETAP PADA YANG HALAL
Haram azlaam diganti dgn doa istikharah
Haram makan riba –perniagaan yang membawa keuntungan
Haram judi – menerima hadiah dari musabaqah
Haram lelaki memakai sutera – cotton dll
Haram zina – kahwin
Haram arak – minuman enak
6. PERKARA YANG MEMBAWA KEPADA HARAM HUKUMNYA HARAM
Contoh zina – haram perkara-perkara membawa kepada zina seperti pendedahan diri ala kaum jahiliah, duduk berdua-duaan dengan perempuan bukan mahram, video lucah, lagu-lagu membawa kepada perkara-perkara haram dan lain-lain.
Dosa haram bukan sahaja kepada orang yang melakukannya tetapi menyeluruh cth haram minum arak.
7. TIPU HELAH PADA YANG HARAM ADALAH HARAM
Contoh tukar nama yang haram kepada yang lain judi – sport toto
Contoh riba – wang keuntungan
Tarian - kebudayaan
8. NIAT BAIK TIDAK BOLEH MEMBERSIHKAN PERKARA HARAM
Matlamat tidak menghalalkan cara.
من طلب الدنيا حلالا تعففا عن المسألة, وسعيا على عياله, وتعطفا على جاره, لقي الله ووجهه كالقمر ليلة البدر (رواه الطبراني)
Barangsiapa yang mencari dunia yang halal dan untuk menjaga diri dari meminta-minta orang, serta kerana berusaha mencari rezeki anak isterinya dan supaya dapat berbelas kasihan kepada tetangganya, niscaya dia akan menemui Allah sedang wajahnya berseri-seri seperti bulan di malam purnama.” (Riwayat Thabarani)
Makan niat memelihara kehidupan, menguatkan badan supaya kuat berdiri untuk menjalankan segala kewajipan untuk Allah, utk masyarakat – makanan minuman jadi ibadah dan pendekatan diri kepada Allah swt.
Kumpul harta dengan cara riba, judi atau perkara dilarang tujuan diri masjid/ projek utk kebaikan masyarakat – dosa -haram
9. MENJAGA DIRI DARI PERKARA SYUBHAH
Di antara rahmat dan belas-kasihan Allah Ta’ala kepada manusia, bahawa Dia tidak membiarkan manusia dalam kegelapan dari hal-hal yang halal dari yang haram. Allah telah menjelaskan mana yang halal serta memperincikan mana yang haram :
وقد فصل لكم ما حرم عليكم (الأنعام :119)
Dan sesungguhnya Allah telah memperincikan buat kamu segala yang diharamkan ke atas kamu”.
Perkara yang ditengah-tengah antara halal dan haram, tidak jelas halal dan haramnya dipanggil syubhah.
Islam mendidik muslim agar menjauhkan perkara syubhah agar tidak terjerumus dgn perkara haram.
10. YANG HARAM ITU TETAP HARAM ATAS SEMUA
11. DHARURAT MEMBOLEHKAN YANG DI LARANG
WALLAHUA’LAM
No comments:
Post a Comment