Monday 8 August 2011

NOTA BUAT PPISMP PA AMBILAN JUN 2010


PIAGAM MADINAH
PIAGAM PERTAMA YANG DITULIS DALAM SEJARAH DUNIA
MAKSUD PIAGAM MADINAH
  • ·      Perlembagaan yang ditulis dan dipersetujui bersama semua golongan (orang Islam dan Yahudi) yang menjadi warganegara Madinah Al-Munawwarah pimpinan Rasulullah SAW.
  •  Disebut Sahifah al-Madinah (perlembagaan bertulis pertama di dunia).
  •  Menjadi asas pembentukan sebuah Negara Islam.

PERISTIWA SEBELUM PENGGUBALAN PIAGAM MADINAH
1. PERJANJIAN AQABAH PERTAMA:
·                              12 orang penduduk Madinah ke Makkah bertemu Rasulullah SAW, berjanji meninggalkan perkara syirik, mencuri, berzina, membunuh anak, tidak menipu serta taat perintah Rasulullah SAW.
2. PENERIMAAN MASYARAKAT YATHRIB TERHADAP AGAMA ISLAM:
·                              Mus’ab bin Umair diutus ke Yathrib mengajar al-Quran oleh Rasulullah SAW.
·                              Dakwah Mus’ab diterima baik penduduk Aus dan Khazraj.
·                              Akhirnya ramai yang memeluk Islam.
3. PERJANJIAN AQABAH KEDUA:
·                              Tahun berikutnya, Mus’ab membawa 73 orang lelaki dan 2 orang wanita Madinah.
·                              Mereka berbai’ah akan memelihara dan mempertahankan Rasulullah SAW, berikrar taat setia ketika susah dan senang, tidak berpecah dan bercakap benar di mana sahaja.

KANDUNGAN PIAGAM MADINAH
·                              Terdapat 10 Bahagian dan mengandungi 47 fasal.
·                              23 fasal mengenal peraturan sesama Islam dan 24 fasal tentang orang Yahudi.
·                              Antara kandungannya ialah:
  1. Mengakui Nabi Muhammad SAW, ketua Negara Madinah.
  2. Mengakui Ansar dan Muhajirin sebagai umat yang bertanggungjawab terhadap agama, rasul dan masyarakat Islam.
  3. Setiap kaum bebas beragama dan mengamalkan cara hidup masing-masing.
  4. Orang Islam dan Yahudi bertanggungjawab terhadap keselamatan Negara daripada serangan musuh.
  5. Orang Yahudi dibenarkan hidup dengan cara mereka serta menghormati orang Islam tetapi tidak dibenarkan melindungi orang Musyrikin Quraisy.
  6. Setiap masyarakat bertanggungjawab menjaga keselamatan dan mengekalkan perpaduan di Madinah.
  7. Setiap individu tidak boleh menyakiti dan memusuhi individu atau kaum lain. Hendaklah tolong-menolong demi pembangunan, ekonomi, dan keselamatan.
  8. Setiap kaum perlu merujuk Rasulullah SAW (ketua negara) jika berlaku perbalahan.
  9. Mana-mana pihak dilarang berhubungan dengan pihak luar terutama Musyrikin Mekah dan sekutu mereka.
  10. Piagam ini mempunyai kuasa melindungi pihak yang mempersetujuinya dan hak mengambil tindakan pada sesiapa yang melanggarnya.
Piagam ini membuktikan betapa Nabi Muhammad saw mampu menjalankan perananya sebagai pemimpin dan ketua agama kepada semua pihak tanpa melakukan diskriminasi.

Piagam ini mempunyai 47 fasal dan dibahagikan kepada dua bahagian yang setiap satu mempunyai 23 dan 24 fasal. Piagam ini memberikan penekanan terhadap beberapa perkara yang telah diringkaskan di bawah:

1. politik dan pentadbiran yang menganggap Nabi Muhammad saw sebagai pemimpin dan hakim yang memerintah secara adil.
2. agama yang membenarkan semua orang bebas beragama dan mengamalkan ajaran agama mereka tanpa sekatan.
3. sosial yang mewajibkan semua penduduk menerima satu sama lain yang dianggap sebagai ummah yang bersatu mempertahankan agama dan negara.
4. perundangan pula melibatkan penggunaan peraturan Islam dalam memastikan peraturan dipatuhi.
5. ekonomi pula memastikan semua pihak menerima peluang yang sama dalam menjalankan urusan ekonomi.
6. pertahanan yang memastikan semua orang bersatu mempertahankan negara daripada serangan musuh.
7. orang yahudi dianggap rakyat selagi mereka sendiri memahami dan mematuhi piagam itu.

Asas Pemerintahan Moden Dalam Piagam Madinah.

Piagam Madinah merupakan perlembagaan kerajaan Islam yang pertama yang ditulis sebagai asas pemerintahan yang menjadi sandaran pemerintahan rasululullah saw dan hubungannya dengan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama. Ianya merupakan implimentasi kepada asas-asas siyasah yang bersesuaian dengan keperluan semasa dan syarak.  Penulisan perlembagaan ini menggambarkan hakikat ketelusan pemerintahan Islam dan keadilannya.

Mewujudkan perlembagaan yang bertulis yang sesuai dengan keperluan semasa walaupun al-Quran telah wujud menunjukkan kepada keperluannya bagi mentadbir sesebuah negara.

Berikut ialah beberapa asas kerajaan moden yang terdapat di dalam Piagam Madinah:

Penyataan Mengenai Ummah dan Kerakyatan

Piagam Madinah telah menegaskan mengenai pembentukan ummah, dan mentakrifkannya dengan menjadikan Islam sebagai asas kerakyatan dalam Daulah Islamiah yang baru disamping menjelaskan hak-hak dan tanggungjawab rakyat sebagaimana berikut:

Fasal 1. Ini adalah tulisan daripada Muhammad seorang nabi dan utusan Allah, diantara orang-orang beriman daripada Quraisy dan penduduk Yathrib dan sesiapa yang mengikuti mereka, yang bertemu mereka dan berjihad dengan mereka.

Fasal 2. Mereka adalah satu ummah tanpa manusia lain.

Fasal 3. Muhajirin daripada Quraisy di atas keadaan mereka, saling menjadi `aqilah[15] antara mereka, mereka melepaskan tawanan mereka dengan makruf dan adil sesama mukminin.

Begitu juga Piagam Madinah menyentuh mengenai kerakyatan bukan Islam daripada Yahudi dan musyrikin Mekah yang datang ke Madinah, dengan menentukan hak-hak dan tanggungjawab mereka, sebagimana dalam fasal berikut:

Fasal 24 Orang-orang Yahudi perlu mengeluarkan perbelanjaan peperangan bersama orang-orang yang beriman apabila mereka berperang.

Fasal 25. Sesungguhnya Yahudi bani `Auf satu ummat bersama orang-orang yang beriman, bagi Yahudi agama mereka dan bagi muslimin agama mereka, hamba-hamba mereka dan diri mereka, melainkan sesiapa yang berlaku zalim sesungguhnya dia tidak membinasakan melainkan dirinya dan ahli keluarganya.

Fasal 26. Dan bagi Yahudi bani al-Najjar seperti apa yang menjadi hak dan tanggungjawab bani `Auf.

Pernyataan Mengenai Peribadi Ketua Negara.

Nas-nas Piagam Madinah menyatakan bahawa ketua kerajaan baru itu ialah rasulullah (s.a.w.). Kepadanyalah dirujuk dalam menyelesaikan segala  perselisihan dan bagindalah yang akan memelihara nas-nas perlembagaan dan melaksanakan segala ketetapannya.

Sebagaimana dalam fasal 23; Apabila kamu berselisih dalam apa perkara sekalipun maka rujukannya ialah kepada Allah dan Muhammad. Begitu juga dalam fasal 42.

Mengakui Dasar Keadilan dan Persamaan.

Sebagaimana dalam fasal 13; Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan bertakwa, maka tangan mereka ke atas sesiapa yang melampaui batas di antara mereka, atau menuntut pemberian dengan cara yang zalim, dosa,  permusuhan dan kemusnahan antara mukminin, maka tangan-tangan mereka diatas mereka semua walaupun keatas anak-anak salah seorang daripada mereka.

Fasal 16; Sesungguhnya sesiapa dikalangan Yahudi yang mengikuti kami maka bagi mereka hak pertolongan dan persamaan tidak dizalimi dan tidak akan bertolong-menolong menentang mereka.

Pernyataan Dasar  Perjanjian Perdamaian.

Fasal 45:  Apabila orang-orang beriman di ajak berdamai bercampur dan bersekutu, mereka ( Yahudi) akan berdamai dan bersatu begitu juga sekiranya mereka ( Yahudi) diajak berdamai dan bersatu maka menjadi tanggungjawab orang-orang beriman menerimanya melainkan ke atas mereka yang berperang kerana agama.

Pernyataan Mengenai Sempadan Kerajaan .

Fasal 39 : Yathrib merupakan bumi selamat di dalamnya kepada ahli perjanjian ini.

Rasulullah saw telah menghantar beberapa orang sahabat untuk membina tanda sempadan Madinah.

Pernyataan Dasar Larangan Melakukan Perjanjian Secara Sendiri.

Fasal 17 : Bahawa perdamaian orang-orang yang beriman adalah satu. Seorang beriman tidak boleh membuat perdamaian tanpa mukmin yang lain dalam peperangan di jalan Allah, melainkan hendaklah diatas sama rata dan keadilan sesama mereka.

Penyataan Menganai Dasar Dan Hak-hak Kejiranan.

Fasal 40: Sesungguhnya jiran seperti diri sendiri tidak dimudarati dan tidak diinaya.

Dasar Takaful Dalam Melunaskan Hutang.

Fasal 12, 25 :  Tidak dibiarkan orang-orang yang beriman terbeban dengan hutang, melainkan tunaikanlah untuknya dan bantulah dia begitu juga Yahudi dengan Yahudi.

Dasar Berkaitan Keamanan Negara.

Fasal 24, 36. Mempertahankan Madinah merupakan tanggungjawab semua penduduk dan mereka yang tinggal dibuminya.


Jelas di sini bahawa piagam Madinah telah meletakkan asas yang penting kepada sesebuah kerajaan dengan menentukan kuasa perundangan, kuasa eksekutif dan kuasa kehakiman disamping menyatakan hak-hak dan tanggungjawab rakyat dan kerajaan.

Piagam Madinah merupakan asas sistem pemerintahan yang moden sebagaimana yang dilaksanakan pada hari ini. Walau bagaimanapun isi piagam Madinah adalah berasaskan keperluan semasa kerajaan Islam ketika itu tetrutamanya nas-nas perlembagaan yang berkaitan dengan umat Yahudi dan qabilah-qabilah yang lain. Namun begitu ianya tidak terkeluar daripada memperuntukan tiga kuasa penting sebagaimana yang dinyatakan tadi.
(Diambil dari salah satu blog,/laman web... syukran)

2 comments:

  1. ana share dkat blog ana ek....

    ReplyDelete
  2. terima kasih ats perkgsian..:)..kebetulan sy pn skrg nie sem 3 ppismp pa..

    ReplyDelete

International Conference UTM KL