Friday 12 August 2011

JAWAPAN KEPADA KENAPA WANITA MUSLIMAT SUSAH MENUTUP AURAT MENGIKUT SYARIAT

  • Tanggal 12 Ogos, saya menulis di ruangan status dalam facebook mengenai penutupan aurat iaitu "TUTUP AURAT? Tertarik dgn ceramah seorang ustaz yg menyatakan bahawa kita bukan menutup kulit tapi tutup bentuk-bentuk badan termasuk di kepala, menampakkan sanggul juga termasuk tidak menutup aurat dgn sempurna, apalagi bahagian2 anggota badan yang lain."
  • Alhamdulillah status ini mendapat respon yang baik tetapi dari pihak lelaki sahaja, perempuan belum memberi komentar. Ini antara komentar yang diberi " selalu orang pentingkan makanan je yang halal..tp bab2 lain x pernah nk sentuh halal atau haram..contoh..aurat..poli​tik..bisnes..DLL..  (bagus sangat komentar ni)
  • Komentar seterusnya "Sukar dan payah ke orang perempuan nak tutup auratnya ? ....... jualan lelong atau jual murah atau percuma biasanya di tepi jalan atau kaki 5 aje." (komentar ni sangat baik)
  • Ini jawapan Ummu Mujahid "Susah cz tutup aurat mengikut syariat akan melibatkan ilmu, iman, amal dan taqwa. Duit banyak macamana pun kalau tiadailmu, tiada iman,tiada taqwa, mereka tidak akan menutup aurat. Ada yang cuba tutup aurat tapi masih belum mengikut apa yang disuruh oleh Al-quran dan hadis contohnya: bertudung pendek atas dada atas cukup2 tutup dada (walaupun bertudung tp belum ikut sunnah), bertudung dgn kain yang terlalu jarang atau lembik sehingga mengikut bentuk dada, bertdung dihadapan tetapi di belakang terlalu pendek, bertudung tapi rambut di hadapan dikeluarkan, bertudung tapi bersanggul tinggi, bertudung tetapi baju menampakkan bentuk2 badan (baju dijahit list, dibahagian2 tertentu)
  • Ini jawapan seterusnya " Bertdung tetapi memakai baju berlengan pendek, baju pun pendek sehingga tidak dapat menutup punggung, bertudung tetapi berseluar agak kecil sehingga menampakkan bentuk kaki, bertudung tetapi tidak memakai stokin (kaki adalah aurat). Al-Quran dan Sunnah perintahkan kaum muslimat menutup aurat dgn memakai pakaian longgar, labuh dan tidak jarang. Aurat wanita muslimah solehah seluruh badan melainkan muka dan tangan sahaja. Ramai yg nampak dh menutup aurat tetapi kaki tidak ditutup.
  • Sebelum komentar  di atas tertera, Ummu Mujahid mendapat soalan dari seorang pelajar A di bahagian CHAT di Facebook, soalannya "
    salam..ustzah..maaf saya nak tnye..td sya ada t'bc kt wall ustzh psl sanggul pun aurat juga yea..yang dimaksudkan sanggul tu yang dijual di kedai ke atau sanggul yang berambut panjang? terima kasih ustzh (^_^)
  • Jawapan Ummu Mujahid "Wslm,sanggul tinggi menampakkan bentuk,samada rambut panjang disanggul atau pakai sanggul palsu lepas tu pakai tudung, jadi nampak bentuk sanggulnya."
  • Soalan seterusnya "klau rambut kita panjang dan kita ikat tp niatnye untuk kemas dan x rimas boley ke ustzh?
  • Jawapannya "xpe kalau di rumah, tp kalau keluar ikatkan ke bawah dan cuba xnampakkan bentuk sanggul ye
  • Pelajar A " 0oo faham2 slame ni sya ingatkan yang hadis Rasulullah tntg sanggul tu sanggul yg dibeli kt kdai je rupenye rmb0t bt0i p0n sme jgk eh"
  • Jawapan Ummu Mujahid seterusnya " OOh tidak...samada palsu atau sanggul betul tetap kena sembunyikan bentuknya."
  • Pelajar A "0rait syukran ustzh ats ilmunya tp kan bende nk sye penah bahas dgn kwn2 mrk ckp mcmmne klau x ikat ramb0t rimas."
  • Ummu Mujahid "..memang rimas dan tak kemas,rambut terburai, tp ikat kemas,masuk dlm tudung dan tolakkan ke bawah. Sama mcm bentuk badan,kita pakai baju besar,tudung kain yg tidak ikut bentuk badan,InsyaAllah...kita sedaya upaya ikut syariat,kalau ternampak juga. Allah Maha Tahu."
  • Pelajar A "alhamdulillah..trima ksih ustzh"
  • Ummu Mujahid " sama-sama anakku...moga sedikit perkongsian ilmu ini memberi keberkatan"
  • Wallahua'lam
DALIL-DALIL KEWAJIPAN MENUTUP AURAT

“Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan khumur (jilbab)nya ke dadanya”. (QS. An-Nur : 30-31)

Allah SWT berfirman :
“Hai Nabi, katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu, dan istri-istri orang-orang mukmin : Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal dan oleh karenanya mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha  Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Qs. Al-Ahzab: 59).
 
Dalam riwayat Aisyah RA, bahwasanya Asma binti Abu Bakar masuk menjumpai Rasulullah SAW dengan pakaian yang tipis, lantas Rasulullah berpaling darinya dan berkata : "Hai Asma, sesungguhnya jika seorang wanita sudah mencapai usia haidh (akil baligh) maka tak ada yang layak terlihat kecuali ini, sambil beliau menunjuk wajah dan telapak tangan." (HR. Abu Daud dan Baihaqi).
 
ANTARA CIRI LELAKI DAYUS IALAH MEMBIARKAN ISTERI DAN ANAK CUCUNYA MEMBUKA AURAT
 
Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-
الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة
Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 )
  • Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah
  • Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
  • Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

 

1 comment:

  1. Alhamdulillah...satu pengisian ilmu yang cukup baik...:)

    ReplyDelete

International Conference UTM KL