Saturday 6 August 2011

PUASA DAN PENAWARNYA BUAT PENDERITA GASTRIK

Assalamualaikum wmb

Saya kerap mendapat tahu tentang penyakit gastrik yang dihidapi dan dideritai oleh sahabat handai, saudara mara dan pelajar-pelajar terutama di bulan puasa. Dahulunya saya juga penghidap gastrik yang teruk. Alhamdulillah ALLAH swt telah menemukan saya cara dan tiga jenis ubat yang sangat mujarab, murah dan senang didapati. Ubatnya ialah :-
1. Buah kurma
2. Air mineral
3. Yogurt

Caranya :
1. Ketika masuk waktu berpuasa, makanlah buah tamar beberapa biji, selepas itu minumlah air mineral sekadarnya. Kemudian teruskan ibadah di bulan ramadhan dengan solat Maghrib. setelah perut agak selesa, jamahlah makanan seperti nasi dan lain-lain sekadarnya. InsyaAllah kita boleh meneruskan ibadah dengan solat Isyak dan Tarawikh.
2. Jika setelah solat perut masih sakit, makanlah yogurt sekadarnya, sebaiknya satu cawan agar bakteria baik dalam yogurt dapat membantu proses pencernaan di dalam perut.
3. Jika perut masih memulas dan sakit ketika berpuasa esoknya, diharuskan berbuka supaya penderitaan tidak berpanjangan, namun puasa tersebut wajib diqada'. Berbukalah dengan buah kurma dan air mineral serta teruskan memakan yogurt bila keadaan memerlukan.

Setiap penyakit ada ubatnya. Semua penyembuhan atas keizinan Allah swt. Semua dugaan adalah ujian untuk hamba-hambaNya agar mereka lebih berusaha dan bertambah keimanan dan ketaqwaan. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

International Conference UTM KL