Saturday 6 August 2011

PENDIDIK SEBAGAI MURABBI

Assalamualaikum wmb. Tazkirah buat penulis dan pembaca-pembaca.

Kita sebagai pendidik, cikgu, guru, teacher, ustaz, pensyarah? Bagaimana mendidik murid-murid/pelajar agar menjadi جيل القرأن (generasi Al-Quran) yang setiap aspek dalam kehidupan mereka sentiasa berpegang dan berlandaskan Al-Quranul Karim, Sunnah Rasulullah saw dan Ijma' para ulamak jika kita sendiri sebagai guru tidak menjalani kehidupan berlandaskan syarak?

Pakaian kita pakaian yang belum cukup menutup aurat, percakapan kita percakapan tanpa dalil Al-Quran dan hadith, tingkahlaku kita tidak mengikut sunnah, kehidupan seharian kita tidak menggambarkan kita yang sentiasa menjalani ibadah.

Kita guru pun berat bangun bertahajjud, tidak cukup masa untuk membaca Al-Quran, memahami, menghayati ayat-ayatnya, solat sunat susah dilaksanakan, bersedekah hanya sekali sekala, berjemaah di masjid bila ada masa, isteri dan anak-anak tidak dibawa ke majlis ilmu, pakaian dan pergaulan anak isteri tidak dijaga, program tv menjadi keutamaan, mengajar di kelas sekadar menghabiskan silibus.

Kita sendiri sebagai pendidik kurang berselawat, kurang berzikir, kurang takut dengan Allah swt, bagaimanalah pula anak-anak didik kita? Justeru saya menyeru pada diri saya terutamanya dan pembaca sekeliannya tambahkan ketaqwaan kita sempena kita berada dalam Universiti Ramadhan ini.

Zikir Harian :

ISNIN - LAHAULAWALAQUWWATA ILLABILLAH - Tiada daya dan kekuatan melainkan atas keizinan Allah swt  (لاحول ولا قوة إلا باألله)

SELASA- ALLAHUMMASHOLLIALA MUHAMMAD - selawat (اللهم صل على محمد)

RABU- ASTAGHFIRULLAHAL AZIM - Aku mohon keampunan dari Allah (استغفرالله العظيم)

KHAMIS - SUBHANALLAH - Maha suci Allah (سبحان الله)

JUMAAT - YA ALLAH (يا الله)

SABTU - LAILAHAILLALLAH (لآاله إلا الله)

AHAD- YA HAYYU YA QAYYUM (يا حي يا قيوم)

Setiap hari seribu kali

1 comment:

  1. salam..utazah nti buatlah sudut interaksi kat tpi tu..bleh inteksi..

    ReplyDelete

International Conference UTM KL